Li Chunrong Ketua Pegawai Eksekutif baharu Proton

Luqman Hariz
September 29, 2017 11:03 MYT
Li Chunrong dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif CEO Proton yang baharu hari ini. - Foto autonews
Li Chunrong dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) yang baharu hari ini.
Pelantikan ini susulan tindakan pengunduran Datuk Ahmad Fuaad Kenali dari jawatan tersebut berkuat kuasa 30 September 2017.
Ahmad Fuaad akan memegang jawatan CEO Malakoff Corp Bhd berkuatkuasa 1 Oktober ini.
Mengumumkan perkara itu, Pengerusi Proton Holdings Bhd Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata beliau percaya Proton akan segera kembali mencatat keuntungan susulan pelantikan CEO baharu itu.
Sementara itu, Li Chunrong berkata beliau akan berusaha keras memastikan kejayaan Proton.

ecepat mungkin,kata Pengerusi Proton apabila ditanya bila Proton akan kembali catat keuntungan susulan pelantikan CEO baru @501Awani

— Luqman Hariz AWANI (@luqmanhriz) September 29, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

will work day and night to ensure Proton is successful. Proton best days are ahead of it,Li Chunrong, new Proton CEO @501Awani pic.twitter.com/LH1a0UsVIe

— Luqman Hariz AWANI (@luqmanhriz) September 29, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala, Datuk Radzaif Mohamed akan kekal sebagai Timbalan CEO Proton.
Sementara itu, Syed Faisal turut mengumumkan kemasukan dua individu dari Geely Holding, Daniel Donghui Li dan Feng Qing Feng kepada ahli lembaga pengarah Proton Holdings Bhd.
#Ahmad Fuaad Kenali #CEO #Li Chunrong #Proton
;