LG fokus kepada telefon pintar 4G

Astro Awani
Mac 3, 2013 20:58 MYT
LG Electronics, pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan, menunjukkan penyediaan untuk merubah model perniagaan sedia ada dengan memberikan penekanan kepada kajian dan pembangunan telefon pintar LTE.
Pada tahun lepas, mereka telah menjual lebih daripada 10 juta unit telefon pintar LTE. Ini merupakan pencapaian terbaik mereka setelah memasuki pasaran telefon pintar 4G.
Pada tahun 2012, LG melancarkan beberapa model telefon pintar LTE untuk pasaran Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan Korea Selatan. Awal tahun ini, mereka melancarkan LG Optimus G di 50 buah negara.
Menurut firma kajian strategic Analytics, pengeluaran telefon pintar LTE akan meningkat secara drastik dengan angka 275 juta unit tahun ini sahaja.
LG mensasarkan pertumbuhan dua kali ganda penembusan telefon pintar LTE di pasaran baru dengan pelbagai model peranti.
Tahun ini, mereka juga akan melancarkan siri LG Optimus F untuk pasaran negara yang dalam transisi rangkaian 3G ke LTE atau 4G.
#lg #LG ELECTRONICS
;