Lembaga Pengarah Khazanah tawar letak jawatan
Ibrahim Sani
Julai 26, 2018 09:51 MYT
Julai 26, 2018 09:51 MYT
Sembilan pengarah Khazanah Nasional Berhad, termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif meletak jawatan bagi memastikan peralihan kepimpinan kepada kerajaan baharu dan hala tuju dana kekayaan kedaulatan itu terurus dan berjalan lancar.
Antara ahli lembaga pengarah lain terdiri daripada Datuk Seri Nazir Abd Razak, Datuk Dr Nirmala Menon, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Datok Mohammed Azlan Hashim, Yeo Kar Peng, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao dan Raja Tan Sri Arshad Raja Uda.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Khazanah melaporkan kesemua ahli lembaga pengarah berbangga diberi peluang menawarkan perhidmatan mereka dengan syarikat berkenaan.
Mereka turut menyifatkan tindakan ini wajar serta mengakui hak mutlak kerajaan baharu untuk membentuk lembaga dan memilih ahli lembaga pengarah baharu.
Astro AWANI sedang mendapatkan reaksi dari penganalisis ekonomi dan sumber yang rapat dengan perkara ini untuk perkembangan seterusnya.
#Andrew Sheng
#Arshad Raja Tun Uda
#arshad uda
#Azlan Hashim
#azman mokhtar
#Azman Yahya
#CIMB
#Khazanah
#Nazir Razak
#Nirmala Menon
#Yeo Kar Peng