Lego akan menghentikan pengeluaran bongkah berasaskan petroleum menjelang 2032
Amanz
September 3, 2024 10:50 MYT
September 3, 2024 10:50 MYT
BONGKAH permainan Lego akan menjadi lebih lestari dengan ia tidak lagi akan dihasilkan menggunakan bahan petroleum bermula 2032.
Sebaliknya, bongkah akan dihasilkan daripada resin bio berasaskan minyak masak dan lemak buangan industri makanan.
Sebelum resin ini ditemukan, Lego menguji lebih 600 bahan lain yang boleh menggantikan bahan berasaskan petroleum.
Sungguhpun ia menjadi lebih lestari, ia datang dengan peningkatan kos sehingga 70% berbanding kos menghasilkan bongkah semasa.
Tetapi syarikat komited untuk menyerap peningkatan kos buat masa ini bagi memastikan harga produk tidak meningkat sehingga membebankan pelanggan.
Lego turut ingin mengurangkan pelepasan karbon mereka sebanyak 37% menjelang 2032.
Lego berharap sekiranya resin ini turut digunakan pengeluar lain, kos menghasilkannya akan dapat diturunkan.
Sumber: Reuters