KUALA LUMPUR: Adakah anda tahu Lynas Malaysia merupakan pembekal kepada pengeluar alatan teknologi yang diguna pakai setiap hari di Malaysia termasuk kenderaan elektrik, pengimejan resonans magnetik (MRI) dan telefon pintar?
Syarikat tersebut juga telah melabur sebanyak RM3 bilion terhadap pembinaan loji dan peralatan di Malaysia selain membelanjakan sejumlah RM730 juta secara tahunan yang menyokong kepada pembangunan ekonomi negara.
Pelaburan langsung itu berjaya menyumbang kepada penciptaan lebih 4,600 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung bagi rakyat Malaysia, malah rekod turut menunjukkan 99 peratus pekerja di Lynas Malaysia merupakan orang tempatan.
Naib Presiden Modal Insan dan Komuniti Lynas Malaysia, Mimi Afzan Afza berkata, pihaknya sangat berbangga dengan warga Lynas Malaysia di atas kejayaan dan sumbangan mereka kepada negara dan teknologi dunia.
“Bagaimanapun kita tidak banyak membuat publisiti tentang sumbangan kami.
"Namun untuk kempen ‘Who are we? We are Lynas Malaysia!’ kami akan berkongsi kepada rakyat Malaysia peranan penting yang kami mainkan untuk negara Malaysia kami yang tercinta.
“Lynas Malaysia memainkan peranan penting dalam pembuatan alatan berteknologi tinggi dan sentiasa memberi fokus kepada penjagaan keselamatan dan kesihatan pekerja, ahli komuniti dan persekitaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Bagi meraikan lebih 10 tahun sejak melabur di Malaysia bagi membangunkan industri nadir bumi masa hadapan, syarikat itu melancarkan kempen pemasaran baharu Lynas Malaysia.
Kempen ini akan memperkenalkan warga Lynas Malaysia termasuk kepimpinan daripada komuniti sekitar dan membawa elemen informasi bersama tema ‘Who are we? We are Lynas Malaysia!’
Menerusi kempen berkenaan ia turut berkongsi fakta tentang peranan penting syarikat dan kakitangan terhadap rantaian bekalan pembuatan global dalam tempoh lebih 10 tahun ini.
Lynas Malaysia turut berterima kasih kepada pakar-pakarnya dari tenaga kerja tempatan yang menjadikan syarikat sebagai pengeluar utama dunia bagi unsur nadir bumi terpisah di luar China.
Malah, warga Lynas telah diiktiraf antara pakar nadir bumi di dunia.
Syarikat tersebut turut memenuhi semua syarat pelaburan dan mematuhi semua peraturan dan melaksanakan amalan terbaik dunia dalam operasi, keselamatan serta alam sekitar.
Haikal Raman
Fri Apr 28 2023
![Lebih sedekad di Malaysia, 'Who are we? We are Lynas Malaysia!' Lebih sedekad di Malaysia, 'Who are we? We are Lynas Malaysia!'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682678334_LynasMalaysia.jpg)
Bagi meraikan lebih 10 tahun melabur di Malaysia bagi membangunkan industri nadir bumi masa hadapan, syarikat itu melancarkan kempen pemasaran baharu Who are we? We are Lynas Malaysia!. -Foto Lynas Malaysia
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Bahas isu Lynas secara saintifik, bukan politik - Abdul Hadi Bahas isu Lynas secara saintifik, bukan politik - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61550273311_DatukSeriAbdul.jpg)
Bahas isu Lynas secara saintifik, bukan politik - Abdul Hadi
Ahli Parlimen Marang itu berkata pandangan pakar saintis juga perlu didengari dan diperhalusi dalam menangani isu terbabit.
![Lynas Malaysia capai 'bebas masa kecederaan' setahun Lynas Malaysia capai 'bebas masa kecederaan' setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559622577_LynasAdvanced.jpg)
Lynas Malaysia capai 'bebas masa kecederaan' setahun
Kehilangan masa akibat kecederaan merupakan kecederaan yang dialami pekerja sehingga individu itu tidak dapat bekerja untuk satu hari atau satu syif atau lebih.