Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun

Amanz
Oktober 12, 2024 12:00 MYT
Laporan oleh Kementerian Sumber Manusia dan TalentCorp menyasarkan kira-kira 600,000 pekerja mungkin terkesan dalam tempoh 5 tahun akan datang akibat kecerdasan buatan, digitalisasi, dan ekonomi hijau. -Gambar fail/Reuters
BARU-BARU ini, kita telah mendengar ratusan pekerja di TikTok Malaysia dibuang, disebabkan oleh kematangan teknologi yang boleh menggantikan beberapa tugasan mereka.

Ringkasan AI
  • Ratusan pekerja di TikTok Malaysia dibuang kerana kematangan teknologi yang menggantikan beberapa tugasan mereka.
  • Laporan oleh Kementerian Sumber Manusia dan TalentCorp menyasarkan kira-kira 600,000 pekerja mungkin terkesan dalam tempoh 5 tahun akan datang akibat kecerdasan buatan, digitalisasi, dan ekonomi hijau.
  • Sepuluh sektor utama yang dijangka terkesan termasuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Perkhidmatan Perniagaan Global, Pembuatan Farmaseutikal, dan lain-lain, melibatkan sekitar 3.5 juta pekerja mahir dan separuh mahir.
  • Kajian lanjut akan melibatkan 14 sektor lagi.

Di samping itu, melalui laporan Kajian Impak AI Terhadap Pasaran Kerja oleh Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp, ia turut menyasarkan kira-kira 600,000 pekerja dalam tempoh 5 tahun akan datang mungkin terkesan dengan perkembangan kecerdasan buatan, digitalisasi, dan ekonomi hijau.
Pekerja di 10 sektor dijangka terkesan dengan perkembangan ini, iaitu sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Perkhidmatan Perniagaan Global, Pembuatan Farmaseutikal, Pembuatan dan Perkhidmatan Makanan, Elektrik dan Elektronik, Aeroangkasa, Perniagaan Borong dan Runcit, Peranti Perubatan, Tenaga dan Kuasa.
Sektor-sektor ini mempunyai bilangan pekerja paling ramai, lebih kurang 3.5 juta pekerja mahir dan separuh mahir.
Kementerian Sumber Manusia dijangka membuat kajian lanjut melibatkan 14 sektor lagi dalam fasa seterusnya.
Laporan ini dijangka akan dikongsikan dalam masa terdekat, sekali gus akan membolehkan orang ramai bersedia dengan perkembangan teknologi, termasuk dari segi bakat dan kebolehan masing-masing. -Amanz
#TikTok #Kajian Impak AI Terhadap Pasaran Kerja #TalentCorp #kecerdasan buatan digitalisasi dan ekonomi hijau #Kementerian Sumber Manusia
;