Lebih 1,000 syarikat PKS sertai program TDP Express

Fauzi Suhaimi
Jun 20, 2020 13:34 MYT
Mohamed Azmin berkata, program tersebut bakal menjadi batu loncatan bagi PKS untuk memulakan perniagaan ke arah digitalisasi. - Gambar BERNAMA
Lebih 1,000 syarikat dalam Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) akan menyertai Program Pembangunan Technopreneur (TDP Xpress) menerusi Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata, program tersebut bakal menjadi batu loncatan bagi PKS untuk memulakan perniagaan dalam normal baharu ke arah digitalisasi.
"Kita perlu melangkah ke depan bagi menyambut era digitalisasi yang lebih hebat untuk menyahut cabaran yang mendatang.
"Ianya adalah satu kemestian, kita mesti menjangkau lebih daripada itu," katanya menerusi akaun Twitter miliknya di sini pada Sabtu.

Tahniah kepada @MARiiMalaysia dan Fintech Lab kerana telah membuka pelbagai peluang bagi PKS dalam menambahbaik operasi perniagaan mereka dengan memanfaatkan penggunaan teknologi digital. https://t.co/BRA5Mgt3d7

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) June 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut menzahirkan ucapan tahniah kepada MARii dan Fintech Lab Sdn. Bhd. atas inisiatif membuka peluang untuk PKS dalam menambahbaik operasi perniagaan selain memanfaatkan penggunaan teknologi digital.
"MARii telah membangunkan infrastruktur yang diperlukan dan merancang pelbagai program seperti TDP Xpress yang bukan sahaja membolehkan PKS untuk maju, malah ia juga membantu mereka untuk berdepan dengan cabaran masa hadapan," katanya lagi.

Saya amat berbesar hati mengumumkan lebih 1,000 syarikat akan menyertai program TDP Xpress. Program ini bakal menjadi batu loncatan bagi SMEs dan start-ups untuk memulakan perjalanan ke arah digitalisasi.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) June 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Azmin Ali #ekonomi #Fintech Lab #Malaysia #MARII #menteri #Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri #operasi #PKS #Program Pembangunan Technopreneur #TDP Xpress #Twitter
;