Lazada lancar pilihan pembayaran COD di Malaysia

Bernama
Oktober 19, 2017 17:14 MYT
Lazada Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD) bagi 4.5 juta produk antarabangsa.- Gambar Fail.
Platform e-dagang utama, Lazada Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD) bagi 4.5 juta produk antarabangsa.
"Pelanggan kini boleh membeli produk antarabangsa daripada kategori utama, termasuk fesyen, aksesori elektronik, barangan dalam rumah, serta memilih COD sebagai pembayaran pilihan mereka semasa proses semakan," kata Lazada dalam satu kenyataan hari ini.
Inisiatif perintis oleh Lazada itu diperkenalkan kepada 170 pedagang dari China yang membolehkan penjual ini meluaskan tawaran mereka kepada pelanggan di luar dari kawasan bandar, di mana COD adalah kaedah pembayaran pilihan apabila membuat pembelian dalam talian.
Kaedah pembayaran ini disediakan bagi semua pembelian dalam talian yang dibuat di bandar-bandar besar di Malaysia.
Lazada juga beroperasi di Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
--BERNAMA
#China #E-dagang #Lazada #online business
;