Lawatan ke Australia capai matlamat tambah baik import ternakan - Tajuddin

Bernama
September 26, 2015 23:16 MYT
Satu memorandum persefahaman turut dimeterai dengan peneraju pengeksport ternakan Australia, Emanuel Exports Pty Ltd and Ruminant Consortium pada lawatan di Perth. - Gambar Fail
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman gembira lawatannya ke tiga bandar raya utama Australia berjaya memenuhi matlamat untuk menambah baik import ternakan Malaysia.
Beliau berkata sepanjang lima hari lawatannya, beliau mengadakan banyak pertemuan dengan pegawai kanan pertanian kerajaan Australia dan membincangkan pelbagai isu berkaitan.
"Kami berbincang tentang memperkemas eksport lembu dan prosedur import yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya kepada Bernama.
Tajuddin yang mengetuai delegasi kementerian dengan 21 anggota, melawat Perth, Canberra dan Sydney.
Menurut Tajuddin satu memorandum persefahaman turut dimeterai dengan peneraju pengeksport ternakan Australia, Emanuel Exports Pty Ltd and Ruminant Consortium pada lawatan di Perth.
"Kami berharap akan ada kestabilan harga bagi lembu yang diekport ke Malaysia," katanya.
#Australia #Canberra #Perth #Sydney #Tajuddin Abdul Rahman
;