Laporan UNICEF, UNFPA: 'Lindungi kehidupan warga miskin KL' - Nik Nazmi

Fauzi Suhaimi
Februari 11, 2021 15:29 MYT
Nik Nazmi berkata, pendek kata, mereka telah gagal melindungi nyawa dan kehidupan rakyat Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dapatan kajian berhubung kadar pengangguran dalam kalangan ketua isi rumah meningkat dua kali ganda dan satu dari tiga orang dewasa dalam isi rumah masih menganggur menunjukkan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mengawal pandemik COVID-19.
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, fakta itu secara tidak langsung mempamerkan kerajaan tidak mampu mencegah mengawal kemerosotan prestasi sosio-ekonomi rakyat.
"Pendek kata, (mereka) telah gagal melindungi nyawa dan kehidupan rakyat Malaysia. Mereka tidak menghiraukan saranan yang baik, tidak kiralah dari wakil rakyat atau sarjana perubatan, badan industri dan kumpulan masyarakat awam.
"Apa yang dapat ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang menderita adalah pakej rangsangan semberono, dan Belanjawan 2021 yang tidak dapat mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat.
Impak COVID-19: Ekonomi Ibu Tunggal | #KeluargaDiPinggiran Ep1
"Tumpuannya hanya berfokus pada kelangsungan politik dan pertambahan politiknya sendiri," katanya dalam ciapan di akaun Twitternya di sini, pada Rabu.

1. Bebenang: Covid-Kerajaan gagal lindungi warga miskin KL Bahagian 3 kajian bersama antara UNICEF & UNDP mendapati pengangguran dalam kalangan ketua isi rumah berpendapatan rendah di KL meningkat 2 kali ganda dari 7% pada September 2020 kepada 15% pada Disember 2020

— Nik Nazmi (@niknazmi) February 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
I
Impak COVID-19: Kesihatan Mental Warga Emas | #KeluargaDiPinggiran Ep2
Sebelum ini, kajian Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) mendedahkan kemerosotan sosio-ekonomi dicatat kepada separuh daripada isi rumah yang dikaji.

6. Dapatan kajian ini merupakan fakta yang memalukan tentang kegagalan kerajaan pusat PN mengawal pandemik Covid-19 & kegagalan dalam mencegah kejatuhan sosio-ekonomi rakyat. Pendek kata, mereka telah gagal melindungi nyawa & kehidupan rakyat Malaysia

— Nik Nazmi (@niknazmi) February 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tinjauan terbaharu juga mendapati kadar pengangguran dalam kalangan ketua isi rumah meningkat dua kali ganda kepada 15 peratus berbanding tiga bulan sebelumnya.
Impak COVID-19: Ekonomi Golongan Rentan | #KeluargaDiPinggiran Ep3
Dalam pada itu, Nik Nazmi menambah, kerajaan disarankan untuk menunjukkan mereka bersedia melibatkan taruh rentas parti dan komuniti untuk menjalin dasaryang dapat melawan pandemik.

9. Kerajaan mesti tunjukkan mereka bersedia libatkan pemegang taruh rentas parti & komuniti utk jalin dasar yg dpt melawan pandemik. Kita perlu memastikan pemulihan Malaysia, termasuk dengan mengubah dasar kesihatan awam yg gagal & dasar sosio-ekonomi yg tidak efektif

— Nik Nazmi (@niknazmi) February 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kita perlu memastikan pemulihan Malaysia, termasuk dengan mengubah dasar kesihatan awam yang gagal dan dasar sosio-ekonomi yang tidak efektif.
"Kegagalan berbuat demikian akan mengancam ramai rakyat Malaysia yang terus menderita dan semakin hari semakin menjalani kehidupan yang sukar," ujarnya.
Sementara itu, kajian UNICEF dan UNFPA sebelum ini turutu mengakui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menjadi antara usaha yang banyak membantu rakyat.
Pada masa sama, mereka turut menyuarakan harapan supaya lebih banyak bantuan mampan dilaksana untuk mereka bangkit kembali.
Dalam perkembangan sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kadar kemiskinan negara menurun sebanyak dua mata peratusan daripada 7.6 peratus pada tahun 2016 kepada 5.6 peratus pada tahun 2019.
Beliau berkata, perkembangan positif itu jelas menunjukkan program dan inisiatif pembasmian kemiskinan yang dijalankan oleh kerajaan dengan sokongan pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan dan swasta telah membuahkan hasil yang baik.
Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penduduk dari kumpulan berpendapatan rendah (B40) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menerima 5,750 kampit beras secara percuma setiap minggu.
Katanya beliau, sumbangan beras itu disampaikan melalui Program MyBeras@Wilayah yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.
Pelancaran Program 5MY Wilayah Persekutuan oleh Perdana Menteri turut memanfaatkan lebih 35,000 orang dan ketua isi rumah serta 331 perumahan kos rendah di Kuala Lumpur yang menerima bantuan langsung melalui program itu.
#Nik Nazmi #Muhyiddin Yassin #COVID-19 #UNICEF #UNFPA #sosio-ekonomi #rakyat #kesihatan #pakej rangsangan #Belanjawan 2021
;