Laporan 1MDB siap sepenuhnya - PAC

Bernama
April 5, 2016 19:56 MYT
Dr Tan yang juga anggota Parlimen Kepong berkata PAC bersidang sehingga pukul 9 malam tadi bagi memuktamadkan laporan tersebut. - Gambar fail
Laporan berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini siap sepenuhnya, kata Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw.
Beliau berharap laporan itu dapat dibentang pada persidangan Dewan Rakyat Khamis ini "jika tiada sebarang kecemasan atau hal-hal lain".
"Memang hasrat kita untuk bentangkan laporan itu Khamis ini, tetapi bergantung pada banyak perkara termasuk pindaan di saat akhir dan percetakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Dr Tan yang juga anggota Parlimen Kepong berkata PAC bersidang sehingga pukul 9 malam tadi bagi memuktamadkan laporan tersebut.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Arul Kanda #Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara #PAC #Parlimen #Tan Seng Giaw
;