Lapan tahun kejayaan cemerlang, 9,000 banjiri Konsert CUCKOO Appreci8th
Eton Khir
Oktober 4, 2022 00:19 MYT
Oktober 4, 2022 00:19 MYT
KUALA LUMPUR: Sambutan ulang tahun kelapan jenama terulung peralatan rumah Korea Selatan, CUCKOO disambut penuh meriah dengan dibanjiri hampir 9,000 peminat.
Bertempat di Pentas Axiata Arena, Bukit Jalil, konsert ulang tahun pada 1 Oktober itu digegarkan dengan ramai barisan penyanyi terkenal tanah air termasuk penampilan istimewa bintang K-Pop fenomena dunia, Lee Min-ho dan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga duta CUCKOO di Malaysia.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe berkata konsert tersebut diadakan bagi memberi penghargaan atas sokongan CUCKOO Family, para pelanggan dan peminat-peminat jenama tersebut selama ini.
“Kerana anda, kami dapat berkembang dari sebuah jenama peralatan rumah sihat kepada salah satu Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) yang terkemuka di Malaysia yang kini diyakini 1.5 juta rakyat Malaysia dan 5 juta pengguna isi rumah Malaysia.
"Kerana anda kami telah mencapai 97 peratus kadar kepuasan pelanggan atas servis CUCKOO dalam kajian bebas yang dilakukan pada baru-baru ini.
“Kami akan terus komited dan berusaha untuk membawa penyelesaian Kediaman Sihat Beyond Standard yang tiada tandingannya seterusnya membentuk kediaman yang lebih sihat dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk #SAMASAMA memiliki kehidupan yang lebih sihat dan bahagia,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.
Konsert yang bertemakan ‘Appreci8th’ itu dimulakan oleh Amelina dengan dua lagu dangdut dan kemeriahan makin memuncak menerusi persembahan dari DOLLA, Kmy Koo & Luca Sickta, Khai Bahar, Aina Abdul, Naqiu, Hael Husaini dan Floor 88 menerusi lagu ‘berhantu’ mereka.
Hadirin semakin teruja apabila penyanyi terkenal Misha Omar dan Datuk Jamal Abdillah, masing-masing mengambil tempat dengan persembahan penuh tenaga.
Kehadiran, penampilan istimewa bintang K-Pop, Min-ho dan penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza mendapat tepukan gemuruh penonton.
Penonton terus dihiburkan dengan persembahan sensasi oleh peserta-peserta Gegar Vaganza 9, Tomok, Dina Nadzir dan Jaclyn Victor.
Pada awal tahun ini, CUCKOO International melantik artis Korea Selatan terkemuka, Lee Min-ho sebagai duta jenama terbaharu di samping mengekalkan Siti Nurhaliza sebagai dutanya bagi mewakili CUCKOO untuk #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai menjalani kehidupan lebih sihat.
Sementara itu, CUCKOO terus berinovasi dengan memperkenalkan sebuah penapis udara bergenerasi baharu yang ditawarkan sebagai penapis udara mesra pengguna yang berkesan dan bergaya sesuai untuk setiap isi rumah Malaysia.
Dengan harga mampu milik pada RM69 sebulan, Penapis Udara CUCKOO R Model tersebut boleh didapati mulai 2 Oktober.
Selain itu, CUCKOO turut akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai Pencipta Sihat (Healthy Home Creator) terunggul menerusi pengembangan fasiliti baharu yang merangkumi Pusat Distribusi Terbesar CUCKOO International, Pejabat Baharu CUCKOO di Glenmarie, dan Galeri Jenama CUCKOO.
Untuk maklumat lanjut mengenai CUCKOO, anda boleh melayari cuckoo.com.my atau menerusi laman Facebook International.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar