Langkah pengurangan subsidi bahan api tarik semula pelabur

Astro Awani
September 12, 2013 15:59 MYT
Langkah rasionalisasi subsidi bahan api oleh kerajaan, berjaya menarik semula keyakinan pelabur asing terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata susulan pengumuman itu, ringgit mengukuh ke paras yang lebih baik dalam tempoh tiga minggu kepada 3.259 ringgit berbanding dolar Amerika.
Ujarnya, ia merupakan mesej yang positif daripada pelabur selepas melihat komitmen dalam menangani isu defisit fiskal negara.
Menurutnya langkah pengurangan subsidi bahan api ini bukan sekadar memastikan subsidi disalurkan kepada yang lebih memerlukan, malah turut memberi implikasi positif dalam perkara lain.
Alliance Research dalam satu kenyataan berkata ringgit dijangka meningkat kepada 3.22 berbanding dolar Amerika akhir tahun ini berbanding paras semasa pada sekitar 3.30.
#Datuk Ahmad Maslan #Timbalan Menteri Kewangan
;