KUALA LUMPUR : Langkah yang lebih sesuai untuk mengurangkan beban hidup rakyat tanpa pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2023 tidak lama lagi.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, perkara itu termasuk peluang menjana pendapatan tambahan kepada golongan B40.
"Ada beberapa (langkah) yang akan diumumkan. Dalam masa terdekat kita menunggu pengumuman belanjawan sebab kita tidak boleh nak umum dahulu sehingga belanjawan itu diumumkan. Ini termasuk contohnya membuka peluang kepada golongan B40 ke bawah untuk menjana pendapatan tambahan.
"Pada masa sama, melalui kajian separuh penggal RMK12 yang sedang berlaku sekarang, kita mula melihat kepada dasar-dasar dan program yang boleh meletakkan sasaran pertumbuhan gaji kerana ia tidak boleh melihat kepada kos sara hidup semata, tetapi Kerajaan mesti ada kerangka dasar yang jelas untuk tempoh 2 ke 5 tahun akan datang untuk memastikan kenaikan gaji itu tidak diserahkan semata-mata kepada pasaran. Jadi di peringkat kami, cuma jangka sederhana dan panjang," katanya semasa sidang media selepas menghadiri Dialog Strategik Bersama Menteri Ekonomi: Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di sini pada Jumaat.
Pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan sedang mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan KWSP.
Jelasnya, simpanan KWSP itu adalah perkara yang penting bagi mengelakkan rakyat ditimpa kesusahan apabila tiba masa bersara kelak.
Rahimah Abdullah
Fri Feb 10 2023
Rafizi berkata langkah yang lebih sesuai untuk mengurangkan beban hidup rakyat tanpa pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2023 tidak lama lagi. - Foto Astro AWANI
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati', tampil keunikan budaya Peranakan
PETRONAS mempersembahkan filem bertajuk Setulus Hati yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan penuh tradisi dan warna-warni bersempena sambutan musim perayaan dan Tahun Baharu.
Jenayah: Tak puas hati motosikal kena tarik, wanita nekad bakar
Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping pada Khamis dan video kejadian itu tular di media sosial.
RMK13 laksana intervensi terus hapuskan miskin tegar di 10 daerah - Rafizi
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan melaksanakan langkah intervensi terus miskin tegar di 10 daerah yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di negara ini dengan lapan daripadanya a
Pembaharuan dalam RMK13 pastikan projek lambat, sakit dikurangkan - Rafizi
Rafizi berkata sebahagian projek sakit berpunca daripada masalah tanah belum diselesaikan ketika permohonan untuk kelulusan projek dan peruntukan dilakukan.
Kerajaan akan perkemas pelaksanaan projek RMK13, elak kelewatan
Kerajaan Pusat memberi komitmen memperbaiki dan memperkemaskan proses pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek sakit di Sabah.
Malaysia sasar tingkat kerjasama, perdagangan dengan negara lain pada 2025 - Rafizi
Tiga aspek itu adalah keutamaan pembangunan, prinsip jiran yang baik serta pemikiran yang melangkaui perdagangan.
Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam masa terdekat - Rafizi
Cadangan berkaitan definisi dan pengelasan kumpulan pendapatan T15 sedang diperhalusi dan akan diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
Pengelasan golongan T15 bagi penyasaran RON95 diumum pertengahan 2025 - Rafizi
Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 (berpendapatan tinggi) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Malaysia sasar dapatkan teknologi maju, pelaburan bagi proses REE - Rafizi
Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.