Langkah kecil membawa perubahan besar

Astro Awani
Februari 1, 2021 12:04 MYT
TNB sentiasa mengambil berat dan sentiasa bersama pelanggan-pelanggan mereka dalam apa sahaja situasi sekalipun.
KAMI di Tenaga Nasional memahami cabaran dihadapi semua berikutan situasi semasa yang membawa kepada perubahan dalam kehidupan setiap daripada kita.
Menyesuaikan diri dengan norma baharu memang mencabar, bukan hanya urusan peribadi, malah turut melibatkan perkara berkaitan kerja serta perniagaan.
Justeru, kami mengambil berat dan sentiasa bersama anda. Ditambah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ketika ini, duduk di rumah adalah jalan yang terbaik.
Namun, penggunaan elektrik pasti meningkat apabila lebih banyak masa dihabiskan di rumah sama ada untuk bekerja atau belajar. Oleh itu, uruslah penggunaan elektrik dengan bijak.
Sekecil mana sekali pun perubahan amalan seperti menutup suis peralatan elektrik apabila tidak digunakan dan menetapkan suhu penyaman udara pada 24 darjah Celsius; ia boleh memberi kesan yang besar.
Bayangkan kebaikan yang boleh dinikmati bersama sekiranya kita semua melakukan peranan masing-masing.
Untuk panduan penjimatan elektrik yang lain, sila layari laman web www.tnb.com.my
Sila layari aplikasi atau portal myTNB di www.mytnb.com.my untuk memantau dan mengurus penggunaan elektrik.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 atau layari halaman Facebook TNB CareLine.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
#TNB #TenagaNasionalBerhad #PKP2 0 #PKP #JimatElektrik #KebaikanBersama #CekapTenaga #SOP #LangkahKecilMembawaPerubahan
;