Laman web Bursa Malaysia sekarang dalam Bahasa Malaysia dan Cina

Bernama
November 29, 2016 08:00 MYT
Laman web itu menampilkan komitmen Bursa Malaysia untuk menawarkan para pelabur, pasaran yang lebih inklusif dan berangkaian lebih baik. - Gambar fail
Laman web korporat Bursa Malaysia Bhd di http://www.bursamalaysia.com kini boleh diakses menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Cina, menjadikannya antara institusi pelaburan dan kewangan yang pertama di Malaysia yang menawarkan sebuah laman web berbilang bahasa.
Laman web pelbagai bahasa itu telah dibangunkan bagi melayani asas pelabur Bursa Malaysia yang luas, melalui tiga bahasa utama di negara ini dan bertujuan menggalakkan akses pasaran dan kewangan bagi rakyat Malaysia, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Laman web itu menampilkan komitmen Bursa Malaysia untuk menawarkan para pelabur, pasaran yang lebih inklusif dan berangkaian lebih baik, termasuk dalam kepelbagaian produk serta perkhidmatan bursa tersebut.
Kandungan pelbagai bahasa tapak itu boleh didapati di laman web Bursa Malaysia termasuk navigasi laman web, maklumat umum mengenai Bursa Malaysia, produk dan perkhidmatan, soalan lazim serta glosari.
Untuk pengalaman penuh, layari http://www.bursamalaysia.com dan pilih bahasa yang dikehendaki. - BERNAMA
#Bursa Malaysia #laman web tiga bahasa
;