SEPANG: Penerbangan sulung Kuwait Airways ke Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.40 pagi hari ini selepas menghentikan operasi selama tujuh tahun.
Pengerusi ATS Global Travel and Charter Sdn Bhd Datuk A. Aziz Ahmad berkata, buat permulaannya syarikat penerbangan itu akan menawarkan perkhidmatan penerbangan dua kali seminggu ke KLIA dan akan meningkatkan kekerapannya kepada tiga kali seminggu bermula bulan depan.
"Kita sekarang berada dalam proses pemulihan COVID-19. Kita menjangka kekerapan itu akan meningkat pada masa depan.
"Ini suatu yang baik bagi Malaysia kerana lebih ramai pelancong akan melawat bukan sahaja dari negara-negara Timur Tengah tetapi juga pengembara dari negara lain yang Kuwait Airways ada menjalin perkongsian kod dengan syarikat penerbangan tertentu," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan ketibaan penumpang di KLIA menerusi penerbangan KU409 syarikat penerbangan itu hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengurus negara kanan Kuwait Airways bagi Thailand dan Malaysia Ali Alkhuzaiem.
ATS adalah ejen perkhidmatan am Kuwait Airways di Malaysia.
Penerbangan hari ini dengan 208 penumpang termasuk kelas pertama dan kelas perniagaan itu menggunakan pesawat Boeing 777-300ER.
Aziz berkata bergantung kepada perkongsian kod syarikat penerbangan itu dengan syarikat penerbangan lain, pengembara Malaysia juga boleh mengambil penerbangan alternatif menerusi Kuwait Airways secara terus ke destinasi mereka di seluruh dunia tanpa perlu transit di mana-mana.
Sementara itu beliau berkata, ATS juga menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebagai hab umrah khusus bagi wilayah Borneo termasuk jemaah umrah dari selatan Filipina.
"Dengan kontrak yang diberikan kepada kami (oleh kerajaan negeri Sarawak) kami juga merancang untuk membawa Kuwait Airways beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022

Buat permulaan, syarikat penerbangan itu akan menawarkan perkhidmatan penerbangan dua kali seminggu ke KLIA dan akan meningkatkan kekerapannya kepada tiga kali seminggu bermula bulan depan. - Instagram / Kuwait Airways
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Kuwait Airways hentikan penerbangan New York-London kerana Israel
Kuwait Airways mengugurkan penerbangan antara New York dan London Heathrow kerana enggan menjual tiket kepada warga Israel.