Kurangkan kebergantungan pada OpenAI, Microsoft tambah model AI lain kuasakan CoPilot

Amanz
Disember 24, 2024 14:15 MYT
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, menyampaikan ucapan pada acara AI Microsoft Build Day di Bangsar, 2 Mei 2024. -Gambar fail/BERNAMA
MICROSOFT dilapor ingin mengurangkan kebergantungan penawaran kecerdasan buatan oleh OpenAI untuk menguasakan produk-produk mereka, dan melihat untuk menambah model-model AI yang dibangunkan pihak lain untuk menguasakan penawaran CoPilot.

Ringkasan AI
  • Microsoft ingin mengurangkan kebergantungan pada OpenAI untuk produk CoPilot dan menambah model AI dari pihak lain untuk mengurangkan kos.
  • Microsoft sedang membangunkan model AI mereka sendiri, Phi-4, dan mencari cara untuk memastikan CoPilot berfungsi dengan lebih pantas dan efisien.
  • GitHub di bawah Microsoft sudah mengintegrasikan model AI dari Anthropic dan Google, dan mungkin akan menerapkan pendekatan serupa untuk memberikan lebih pilihan kepada pengguna.

Selain mengurangkan kebergantungan, langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk mengurangkan kos oleh Microsoft.
Untuk makluman, Microsoft merupakan salah satu pelabur awal OpenAI. Ia juga sebelum ini telah menjadi terawal menawarkan GPT-4 melalui CoPilot.
Namun, kebelakangan ini, arena kecerdasan buatan dilihat lebih memfokuskan kepada ciri penaakulan dan lain-lain.
Untuk Microsoft sendiri, ia tidak diketahui bagaimanakah permintaan dan penggunaan CoPilot dalam kalangan pengguna mereka – terutamanya pengguna perusahaan.
Microsoft sedia membangunkan model mereka tersendiri, dinamakan Phi-4, dan sedang melihat kepada beberapa kaedah lain dalam memastikan CoPilot terus berfungsi dengan pantas dan lebih efisien.
Pada hari ini, GitHub di bawah Microsoft sedia mengintegrasikan beberapa variasi model di bawah penawaran mereka, termasuk daripada Antrhopic dan juga Google.
Mungkin kita melihat kepada pelaksanaan kaedah lebih kurang sama oleh Microsoft bergerak ke hadapan, sekali gus memberikan lebih pilihan kepada pengguna. -Amanz
#Microsoft #OpenAI #Copilot #Phi-4
;