Kumpulan Naza sumbang RM100,000 bantu mangsa banjir di Perak
Bernama
Januari 2, 2015 17:54 MYT
Januari 2, 2015 17:54 MYT
Cabang tanggungjawab sosial korporat Kumpulan Naza, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin menyumbang RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Perak.
Yayasan itu sebelum ini berjanji menyumbang RM1 juta untuk membantu mangsa di negeri-negeri yang teruk dilanda banjir sejajar dengan usaha bantuan bencananya, kata Pengarah Perhubungan Utama dan Komunikasi Korporat Naza Corporation Holdings Sdn Bhd Datuk Samson Anand George dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami berharap bantuan itu akan membantu meringankan bebanan mangsa banjir di Perak," katanya.