Kuasa radio dalam meningkatkan keyakinan jenama produk

Ehsan A Marisah
Oktober 20, 2021 10:02 MYT
Radio antara platform terbaik buat usahawan atau perusahaan kecil dan sederhana untuk meningkatkan kesedaran produk dan meluaskan kuasa pembeli.
KUALA LUMPUR: Adakah anda sedar kuasa yang dimiliki radio mampu memberikan impak yang positif kepada sesebuah perniagaan?
Selain berperanan sebagai medium menyampaikan informasi kepada para pendengarnya, ia juga berfungsi dalam mempromosikan iklan atau jenama sesuatu produk yang akhirnya menjadi halwa telinga ramai.
Ia membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat terperinci tentang sesuatu produk walau di mana sahaja anda berada tanpa perlu melihat atau menyentuhnya secara langsung, melalui penggunaan gaya bahasa yang santai, mudah difahami dan menarik perhatian.
Dalam pada itu, radio adalah platform terbaik bagi usahawan atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meningkatkan kesedaran (awareness) produk dan meluaskan kuasa pembeli.
Antara kelebihan yang boleh dimanfaatkan daripada radio adalah melalui jingle, iaitu urutan bunyi pendek yang ‘catchy’ dan senang ‘lekat’ di kepala yang disampaikan bersama-sama melodi serta suara.
Selain itu, radio turut menawarkan kandungan menarik lain seperti program bual bicara, perbincangan podcast atau dalam bentuk lagu.
Contoh yang signifikan dapat dilihat melalui bisikan slogan (trademark) yang digunakan oleh jenama kurma terkenal, Yusuf Taiyoob.
Apabila ia dimainkan di corong-corong radio, pasti ramai sudah mengetahui akan kewujudan kurma tersebut, sekali gus sinonim dengan ketibaan bulan Ramadan.
Itu semua boleh dicapai oleh produk anda menerusi kuasa viral radio.
Namun, apakah ada formula tertentu dalam memasarkan produk di radio? Berapakah bajet yang perlu dikeluarkan?
Apakah gaya bahasa yang sesuai digunakan untuk mengiklankan produk? Mampukah ia mencapai audien yang disasarkan?
Apakah pula pilihan ditawarkan kepada usahawan atau PKS yang inginkan pendedahan melalui platform tersebut?
Jangan risau, semua itu akan terjawab apabila anda menyertai diskusi secara mendalam menerusi LINC@AWANI - The New Normal Series S38 membincangkan isu “Kuasa Viral Radio - Makin Didengar Makin Diingati!”.
Webinar ini akan berlangsung pada Selasa, 26 Oktober 2021, jam 11 pagi. Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com.
Sesi ini dikendalikan oleh Penyampai Astro AWANI, Dino Omar; Pengasas Bersama Anggun, Adzim dan Shazrin; Penyampai Radio Johara Pagi ERA, Astro Radio, Haniff Hamzah; Pengarah Mixology Music & Mixology Media, Dj Fuzz dan Ketua Jualan (Perkembangan Perniagaan Baru), Astro Media Solutions, Wendy Yaw.
#LINC #radio #PKS #viral
;