Koronavirus: BPMB sedia bantu perniagaan pelanggan yang terjejas

Bernama
Februari 10, 2020 06:13 MYT
BPMB telah diberikan mandat untuk menyediakan pembiayaan jangka sederhana dan panjang kepada sektor strategik negara. - Gambar hiasan
Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) menawarkan untuk membantu pelanggannya yang mengalami operasi perniagaan terjejas mungkin dari segi kewangan berikutan penularan jangkitan novel koronavirus 2019.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail berkata pihaknya akan meneroka kaedah untuk menyokong mereka yang terjejas, dengan mengambil kira keadaan tertentu yang dihadapi pelanggan.
"Memandangkan keadaan semula jadi virus itu yang pantas menular selain menyedari gangguan dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan global mungkin memberi kesan kepada sesetengah pelanggan kami, jadi, kami bersedia menyediakan bantuan sekiranya keperluan itu timbul," menurut BPMP dalam kenyataan pada Isnin.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus Angka korban terus meningkat, lebih 1,000 maut
BPMB, yang dimiliki Menteri Kewangan (Diperbadankan), telah diberikan mandat untuk menyediakan pembiayaan jangka sederhana dan panjang kepada sektor strategik negara.
Ia termasuk menyediakan pembiayaan kepada perusahan kecil dan sederhana, termasuk pihak yang terlibat dalam pembuatan, pembinaan, pembekalan, pengangkutan, pertanian, hospitaliti dan teknologi maklumat.
-- BERNAMA
#aktiviti perdagangan #Arshad Mohamed Ismail #Bank Pembangunan #bantuan #BPMB #gangguan #kesan koronavirus #koronavirus #Menteri Kewangan Diperbadankan #pembiayaan #perniagaan #perniagaan terjejas #Perusahan Kecil dan Sederhana #PKS
;