KLIA2 lebih besar, mesra pengguna

Astro Awani
Mei 10, 2014 14:14 MYT
KLIA2 mula beroperasi secara rasmi pada 2 Mei lalu
Memenuhi ciri lengkap sebuah lapangan terbang, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) turut dilengkapi kemudahan ruang jualan bagi penggemar membeli-belah.
Lebih 200 unit kedai berjenama tempatan dan antarabangsa, restauran dan kafe tersedia menanti pengunjung terminal tambang rendah terbesar di dunia itu.
Menurut Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi, Datuk Azmi Murad, KLIA2 mampu menampung semua keperluan pengunjung dan penumpang yang menggunakan lapangan terbang tersebut.
Sementara itu, Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) secara rasmi dikosongkan daripada sebarang penerbangan selepas penerbangan terakhir Airasia ke Kolkata berlepas pada jam 10.30 malam Khamis.
KLIA2 mula beroperasi secara rasmi pada 2 Mei lalu sebelum menyaksikan penyertaan Airasia pada Jumaat.
Ia menampung kapasiti hampir 45,000 penumpang sehari dan 45 juta penumpang setahun.
KLIA2 yang dibina dengan kos RM4 bilion berkeluasan 257,000 meter persegi.
Ia turut dilengkapi dengan 6,000 tempat letak kenderaan.
Penumpang AirAsia turut memuji keselesaan dan kecanggihan KLIA2.
#Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) #Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT)
;