KL bandar raya ke-10 paling dikunjungi di dunia - Laporan

Najib Aroff
Disember 15, 2017 16:14 MYT
Kuala Lumpu menjadi bandar raya ke-10 paling dikunjungi pelancong dengan pelbagai tarikan disediakan.- gambar hiasan
Kuala Lumpur menduduki tempat ke-10 sebagai bandar raya yang menerima jumlah kedatangan pelancong asing tertinggi di dunia, menurut Laporan Top 100 City Destinations Ranking 2017 Edisi terbitan Euromonitor International.
“Sebagai destinasi membeli-belah terkenal, Kuala Lumpur menjadi tumpuan pelancong antarabangsa dengan menawarkan harga berpatutan, menyediakan infrastuktur yang mesra pelanggan dan sistem pengangkutan awam yang efisien.” Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam satu kenyataan.
Tambah kementerian itu, kejayaan ini hasil usaha kerajaan melalui kementerian dalam mempromosi Malaysia serta melonjakkan bandar raya Kuala Lumpur sebagai destinasi tarikan pelancongan utama dunia.
“keputusan kerajaan untuk menjadikan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya termasuk Jalan Alor sebagai pusat membeli belah terkenal serta moden membuahkan hasil apabila bilangan pengunjung bertambah secara mendadak,
“Ia setaraf dengan pusat-pusat beli belah terkenal di dunia seperti Oxford Street (London), Shinjuku (Tokyo) dan Tsim Sha Tsui (Hong Kong).” Kata kementerian itu.
Selain itu, Kuala Lumpur juga menawarkan banyak tarikan dan keunikan lain, antaranya Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Bangunan Sultan Abdul Samad yang bersejarah serta Hutan Simpan Bukit Nanas.
Berikut senarai 10 bandar paling banyak dilawati bagi tahun ini:
1. HONG KONG: 26.6 JUTA PENGUNJUNG
2. BANGKOK: 21.2 JUTA PENGUNJUNG
3. LONDON: 19.2 JUTA PENGUNJUNG
4. SINGAPURA: 16.6 JUTA PENGUNJUNG
5. MACAU: 15.4 JUTA PENGUNJUNG
6. DUBAI: 14.9 JUTA PENGUNJUNG
7. PARIS: 14.4 JUTA PENGUNJUNG
8. NEW YORK: 12.7 JUTA PENGUNJUNG
9. SHENZHEN: 12.6 JUTA PENGUNJUNG
10. KUALA LUMPUR: 12.3 JUTA PENGUNJUNG
#Bukit Bintang #Datuk Seri Mohamaed Nazri Abdul Aziz #euromonitor international #Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan #Kuala Lumpur #Malaysia #pelancongan #Singapore #Top 100 City Destinations Ranking #Top 100 City Destinations Ranking 2017
;