KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan menolak dakwaan bahawa Khazanah Nasional Bhd berhasrat untuk menjual pegangannya dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada Rakan Infrastruktur Global (GIP), seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiada pengumuman rasmi daripada Khazanah berhubung hasrat untuk menjual pegangannya dalam MAHB.
"Belum ada pengumuman daripada kerajaan untuk menjual kepada GIP. Perkara ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.
"Isu pemilikan ekuiti bagi MAHB untuk (mencari) rakan strategik tidak melibatkan Kementerian Pengangkutan," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, hari ini.
Loke menjelaskan bahawa Kementerian Pengangkutan hanya berfungsi sebagai pengawal selia dan tidak boleh terlibat dalam penstrukturan semula ekuiti MAHB yang merupakan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
"Struktur ekuiti itu terpulang kepada Khazanah dan mereka akan membuat keputusan dan akan buat pengumuman kalau ada berkenaan penstrukturan semula pegangan ekuiti.
"Saya cukup yakin dengan pengalaman dan profesionalisme Khazanah untuk membuat penilaian dengan siapa mereka mahu pilih rakan strategik," katanya.
Khazanah kini adalah pemegang saham terbesar dalam MAHB dengan 32.67 peratus, manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memiliki 7.06 peratus kepentingan ekuiti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiada pengumuman rasmi daripada Khazanah berhubung hasrat untuk menjual pegangannya dalam MAHB. - Foto BERNAMA
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Malaysia dan Pakistan perkukuh kerjasama menentang ekstremisme
PM Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan Pakistan untuk memperhebat usaha bersama dalam memerangi keganasan melalui kerjasama risikan, strategi, dan pembaharuan pendidikan serta sosial.