Khazanah raih RM664.5 juta hasil penempatan saham CIMB Group

Astro Awani
September 10, 2021 09:51 MYT
Khazanah Nasional Berhad meraih kira-kira RM664.5 juta daripada penempatan kira kira 1.45 peratus atau 138.4 juta salam dalam CIMB Group Holdings Berhad. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad meraih kira-kira RM664.5 juta daripada penempatan kira kira 1.45 peratus atau 138.4 juta salam dalam CIMB Group Holdings Berhad.
Penempatan dibuat pada harga RM4.80 sesaham atau 2.8 peratus diskaun berbanding harga penutup pasaran RM4.94 yang dicatatkan pada 8 September.
Menurut kenyataan, urus niaga penempatan saham tersebut adalah sebahagian usaha berterusan Khazanah untuk mengimbangi semula portfolionya serta mengitar semula pelaburannya ke dalam aset baharu di Malaysia dan global.
Ini termasuk ke dalam pelaburan baharu bawah Dana Impak.
Dana Impak bertujuan memangkin bidang pertumbuhan baharu, membangun daya saing ekonomi Malaysia serta tingkatkan daya tahan sambil memacu hasil sosio-ekonomi utama negara, sejajar dengan objektif inisiatif PERKUKUH.
Susulan daripada penempatan itu, Khazanah masih kekal sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam CIMB dengan pegangan 25.6 peratus.
Penempatan itu menyaksikan saham tersebut diagihkan kepada beberapa dana berkaitan kerajaan, pelabur institusi jangka panjang domestik dan asing, pemegang saham sedia ada serta beberapa dana lain.
#Khazanah #CIMB Group Holdings #Dana Impak #pemegang saham tunggal terbesar
;