Khazanah Nasional untung besar bagi tahun 2017

Ibrahim Sani
Januari 18, 2018 19:02 MYT
Tan Sri Datuk Wira Azman Hj. Mokhtar, Pengarah Urusan Khazanah berkata: -Kami bersyukur kerana berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh pada 2017. - Foto Astro AWANI/Ibrahim Sani
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) hari ini membentangkan Ulasan Tahunan Khazanah ke-14 (“KAR 2018”), dengan mencatatkan kemajuan berterusan dan prestasi mampan dalam penciptaan nilai jangka panjang dan menjana pulangan kewangan, strategik dan kemasyarakatan.
Tan Sri Datuk Wira Azman Hj. Mokhtar, Pengarah Urusan Khazanah berkata: “Kami bersyukur kerana berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh pada 2017, dengan portfolio NWA meningkat 13.2% atau RM13.4 bilion kepada RM115.6 bilion. Ini mewakili pertumbuhan jangka panjang 3.5 kali ganda (atau 9.6% setiap tahun) peningkatan dalam nilai portfolio sejak 2004, dan telah dihasilkan menerusi portfolio perlindungan aset yang terpelihara sebanyak 3.1 kali ganda (aset berbanding liabiliti). Selain itu, PBT melonjak 85% kepada RM2.9 bilion manakala kemajuan baik telah dicapai merangkumi semua aspek mandat kami - strategik, masyarakat dan institusi.”

Sorotan:


PRESTASI KEWANGAN KHAZANAH

Pertumbuhan portfolio Khazanah Nasional diukur oleh Nilai Bersih Dilaraskan (“NWA”) berjumlah RM115.6 bilion pada 31 Disember 2017, meningkat RM13.4 bilion atau 13.2% daripada RM102.1 bilion pada 31 Disember 2016. Sejak 14 Mei 2004, pada permulaan penyusunan semula Khazanah, portfolio NWA telah berkembang pada kadar pertumbuhan purata terkumpul (“CAGR”) sebanyak 9.6% setiap tahun.
PRESTASI STRATEGIK
Khazanah juga mengambil kesempatan untuk mengetengahkan beberapa program nilai insan yang membantu negara. Program TIDE (Trend, Inovasi, Gangguan, Keusahawanan), yang merupakan program pelbagai tahun untuk terus memacu pertumbuhan dan prestasi syarikat-syarikat pelaburan mereka, dengan mewujudkan kesedaran dan menggalakkan penerapan inovasi, gangguan dan keusahawanan.

Khazanah turut melancarkan program Khazanah Nasional Entrepreneurship Outreach (“KNEO”) pada 2017. KNEO merupakan inisiatif pencarian bakat keusahawanan dalam kalangan warga Malaysia dan seterusnya memperlengkapkan mereka dengan latihan dan kemahiran industri menerusi beberapa program bootcamp dan accelerator.
#AXIATA #azman mokhtar #CIMB #EDOTCO #Khazanah #Khazanah Nasional #Malaysia #Najib Razak #nasional #Singapore #TNB
;