KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bakal mewujudkan satu platform pelaburan hijau yang baharu untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung dari dalam atau luar negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi membantu syarikat tempatan terutama syarikat Bumiputera sekali gus mencipta lebih banyak pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat.
Beliau berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah ketiga bagi 2023 beberapa hari lepas, dengan peranan Khazanah dalam usaha pembangunan negara dibincangkan secara tuntas.
"Kami turut membincangkan mengenai peri penting melaksanakan peralihan tenaga yang mampan bagi menjamin kelestarian ekonomi," katanya menerusi catatan di laman Facebook hari ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, memaklumkan pada mesyuarat itu, perbincangan utama adalah mengenai pelaburan oleh Khazanah untuk mengukuhkan ekosistem ekonomi domestik yang tidak hanya kepada syarikat permulaan tetapi juga kepada perniagaan sudah berjaya dan memerlukan modal mendanai pertumbuhan masa depan.
Beliau berkata melalui penglibatan Khazanah, inisiatif itu dapat membangunkan bakat pekerja tempatan serta meningkatkan keupayaan dan daya saing negara.
Perdana Menteri juga berkata Khazanah akan terus bekerjasama dengan kerajaan menerusi strategi 'Memajukan Malaysia' untuk memastikan hala tujunya sejajar dengan matlamat pembangunan ekonomi negara.
"Kerajaan komited untuk terus memacu ekonomi Malaysia ke hadapan di dalam suasana ketidaktentuan pasaran dan geopolitik global.
"Dalam hal ini, usaha menggembleng yang lebih kukuh antara sektor swasta dan juga kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan mesti terus dipertingkat," katanya.
Selaras dengan prinsip MADANI, Anwar menggesa Khazanah agar terus berada di landasan betul selain kekal dengan mandat sedia ada untuk menyampaikan manfaat ekonomi dan sosial yang mampan demi rakyat serta masa depan yang lebih baik untuk negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi membantu syarikat tempatan terutama syarikat Bumiputera sekali gus mencipta lebih banyak pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.