Keyakinan perniagaan Malaysia meningkat - BCI Regus

Bernama
November 15, 2012 13:01 MYT
Keyakinan perniagaan Malaysia bertambah baik meskipun keadaan tidak menentu global berterusan, demikian menurut Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) Regus.
Dalam satu kenyataan Rabu, Regus berkata menurut BCInya, perkadaran syarikat Malaysia yang melaporkan peningkatan pendapatan bertambah daripada 58 peratus pada April kepada 66 peratus, dan selaras dengan itu, keuntungan turut meningkat daripada 54 peratus kepada 65 peratus.
Ia berkata lebih tiga suku (79 peratus) responden Malaysia berkata mereka berpuas hati dengan strategi sokongan kerajaan bagi perniagaan.
Regus berkata penyusutan mendadak keyakinan perniagaan di banyak ekonomi yang berkembang pesat merupakan amaran bahawa perniagaan global mungkin menghadapi keadaan tidak menentu yang berterusan bagi beberapa bulan akan datang, tetapi Malaysia menentang arus itu.
"Di Malaysia, tahap keyakinan telah meningkat daripada 13 mata dalam BCI (daripada 130 kepada 143) sejak April," katanya.
#BCI Regus #indeks #keyakinan #perniagaan
;