KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan satu lagi keuntungan suku tahunan tertinggi pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berikutan harga produk yang lebih tinggi dan permintaan secara berterusan.
Bagi tempoh itu, keuntungan selepas cukai (PAT) kumpulan meningkat 41% kepada RM2.1 bilion berbanding suku pertama tahun kewangan 2021, melepasi PAT pada suku keempat 2021 sebanyak RM2 bilion sebanyak 2% suku ke suku.
Prestasi kewangan yang kukuh ini didorong oleh harga yang lebih tinggi di semua segmen produk, terutama ammonia dan urea, disokong oleh kenaikan harga tenaga di tengah-tengah permintaan global yang berterusan dan gangguan bekalan.
Pada suku berkenaan, pendapatan meningkat 42% tahun ke tahun kepada RM6.6 bilion didorong oleh purata harga produk yang lebih tinggi serta gabungan permintaan tinggi yang berterusan dan tidak dipenuhi disebabkan oleh gangguan bekalan berpanjangan serta harga minyak mentah dan gas asli yang lebih tinggi akibat krisis geopolitik.
Jumlah jualan kekal tinggi bagi tempoh itu pada 1.9 juta tan metrik walaupun kadar penggunaan loji yang lebih rendah sebanyak 87% (berbanding 90% pada suku pertama tahun sebelumnya) berikutan aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan statutori yang lebih tinggi.
Mengulas mengenai keputusan tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir Mohd Yusri Mohamed Yusof dalam kenyataan hari ini, berkata, berbanding setahun lalu, harga produk purata lebih tinggi sebanyak 20% hingga 60% di sebalik beberapa penyederhanaan harga bermusim dalam produk tertentu berbanding suku keempat 2021.
Namun, katanya, harga produk kekal kukuh akibat konflik Rusia-Ukraine terus meningkat, disokong oleh permintaan yang kukuh.
"Walaupun terdapat ketidaktentuan pasaran dan cabaran rantaian bekalan, kewaspadaan dan strategi kecemerlangan komersial PCG membolehkan kumpulan memenuhi sasaran jualan, meskipun beberapa bandar tertentu di China berada di bawah perintah berkurung selama beberapa minggu," katanya.
Mengenai projek pertumbuhan PCG, beliau memberitahu, kumpulan telah memulakan operasi di Kompleks Bersepadu Pengerang seperti yang dirancang pada awal Mei dan aktiviti pentauliahan sedang berjalan dengan sewajarnya. - DagangNews.com
Dagang News
Sat May 28 2022
PCG mencatatkan satu lagi keuntungan suku tahunan tertinggi pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berikutan harga produk yang lebih tinggi dan permintaan secara berterusan. -Gambar fail
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025
Jabatan Imigresen akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga Ahmad Nawab
Sultan Pahang Al-Sultan dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes curi RM200,000
Tiga pengawal sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas tuduhan mencuri wang tunai RM200,000.
AWANI Ringkas: SPM 2024 bermula 2 Disember hingga 6 Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa esok
Seorang lelaki yang dipercayai memukul ibu kandungnya hingga maut sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam peti sejuk beku akan didakwa di mahkamah esok.
Tiga sekeluarga maut kemalangan babit dua kenderaan
Tiga beranak maut seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan sebuah kereta pacuan empat roda di Bandar Permaisuri.
Kenyataan Menteri MOTAC bakar isu 3R di dalam dan luar negara - Mas Ermieyati
Jelas Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dia terkejut kenyataan Menteri Pelancongan yang mendakwa tindakan DBKL terhadap golongan peniaga pamer papan tanda bahasa kebangsan akan mempengaruhi keputusan pelancong melawat Malaysia. #SisiTVParlimen
Perolehan suku pertama Petronas Chemicals meningkat
PETRONAS Chemicals Group (PCG) mencatatkan perolehan syarikat sebanyak 4 perpuluhan 5 bilion ringgit pada suku pertama 2013.