Keuntungan Felda Global Ventures cecah RM1.13 Bilion

Bernama
Februari 26, 2013 19:00 MYT
Keuntungan sebelum cukai tahun penuh Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bagi tahun yang berakhir pada 31 Dis, 2012, selepas perubahan nilai saksama dalam liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) mencecah RM1.26 bilion.
Pada 2011, keuntungan sebelum cukai FGV ialah sebanyak RM1.9 bilion dan ini tidak termasuk liabiliti LLA atau RM210.18 juta, yang hanya meningkat pada 2012 berikutan perubahan model perniagaan FGV.
Presiden FGV Datuk Sabri Ahmad berkata berkuat kuasa 1 Jan, 2012, model perniagaan syarikat telah berubah apabila FGV memeterai LLA dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melibatkan 347,584 hektar tanah Felda, membawa kepada perubahan saksama dalam liabiliti LLA diiktiraf dalam penyata pendapatan.
Pendapatan FGV pada 2012 berjumlah RM12.89 bilion berbanding RM7.45 bilion pada 2011.
Sabri berkata penurunan harga minyak sawit mentah tahun lepas menjejaskan keuntungan dalam suku keempat.
Beliau berkata harga minyak sawit mentah turun kepada RM2,843 setan metrik pada 2012 berbanding RM3,218 setan metrik pada 2011.
"Pengeluaran tandan buah segar turun sebanyak 251,074 tan metrik kepada 4.91 juta tan metrik pada 2012," katanya.
#cukai #Datuk Sabri Ahmad #Felda Global Ventures Holdings Bhd #keuntungan #Perjanjian Pajakan Tanah
;