Keuntungan Apple tersasar dari unjuran penganalisis

Najib Aroff
Julai 22, 2015 15:30 MYT
Meskipun keuntungan penjualan iPhone meningkat 35 peratus, jumlah itu adalah sedikit rendah daripada unjuran awal penganalisis. - Gambar Fail
APPLE INC merekodkan keuntungan terbaik untuk suku ketiga dengan penjualan telefon pintar iPhone meningkat 35 peratus kepada 47.5 juta unit.
Bagaimanapun, jualan itu adalah sedikit rendah daripada unjuran awal penganalisis yakni pada 48.8 juta unit.
Apple kini berdepan isu berkaitan produk baru yang mampu menarik perhatian pasaran.
Syarikat teknologi multinasional itu juga gagal mencapai unjuran pendapatan yang diramal oleh penganalisis.
Ia sekaligus memberikan tekanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook yang dikritik berkaitan inovasi perlahan Apple selain pertumbuhan jualan yang lemah.
Syarikat itu juga dianggar menjual 1.9 juta unit iWatch yang diperkenalkan pada April lalu.
Anggaran itu adalah lebih rendah dari jangkaan awal iaitu sekitar tiga ke lima juta yang diunjur penganalisis berdasarkan data dikumpul oleh Bloomberg.
Susulan prestasi itu saham Apple jatuh 8.8 peratus, jumlah terendah sejak Januari 2013.
#Apple #iPhone #iWatch #tim cook
;