Ketua Eksekutif ANZ terima gaji jurubank tertinggi di Australia

Bernama
November 17, 2012 14:54 MYT
Ketua Eksekutif ANZ Bank Mike Smith merupakan jurubank dengan gaji tertinggi di Australia, dengan pakej bernilai hampir A$10 juta tahun lepas.
Bank berkenaan yang mempunyai pegangan dalam AmBank yang berpangkalan di Malaysia, juga akan meminta pemegang saham meluluskan A$3.2 juta pakej opsyen untuk membayar Smith dalam tiga tahun sekiranya sasaran prestasi dicapai, demikian menurut laporan Sydney Morning Herald.
Smith menerima bersamaan A$9.7 juta dalam tunai, saham dan bayaran bonus tertunggak.
Pakej ganjaran terbaru beliau susut sedikit daripada A$10 juta tahun lepas.
Gaji Smith mendahului Ketua Eksekutif Westpac Gail Kelly, yang tahun lepas dibayar A$9.6 juta dalam saham, tunai dan lain-lain faedah.
Ketua Eksekutif Commonwealth Bank Ian Narev mendapat A$5.7 juta sepanjang tahun lalu, walaupun hanya bertanggungjawab terhadap bank selama tujuh bulan tahun kewangan.
#ambank #ANZ Bank #Melbourne #Mike Smith
;