KEMELUT politik negara baru-baru ini turut menimbulkan sedikit keresahan terhadap kedudukan ekonomi negara. Kadar pertukaran mata wang asing negara iaitu Ringgit berbanding Dolar AS menunjukkan kesan kejatuhan.
Ringgit mengalami susut nilai sebanyak 3.3 peratus iaitu berubah dari 4.19 kepada 4.22 per Dolar AS. Ini merekodkan kemerosotan nilai mata wang tempatan, iaitu Ringgit yang menjadikan kos dan juga harga barangan atau input dari luar negara menjadi lebih mahal.
Apakah penjelasan di sebalik fenomena ini? Jika dilihat, ketidakstabilan ini pastinya memberikan kesan terhadap para pelabur kerana keadaan ini tidak menyajikan persekitaran perniagaan yang kondusif. Sudah pasti, para pelabur menjadikan krisis kempimpinan negara ini sebagai asas untuk menilai kembali keputusan pelaburan yang dibuat.
Terkesan dengan keadaan ini, ada dalam kalangan pelabur yang mengambil sikap berhati-hati dengan “tunggu dan lihat” sebelum membuat atau meneruskan momentum pelaburan. Bagi pelabur yang merasa bimbang akan risiko yang bakal dihadapi ekoran ketidaktentuan ini, maka mereka akan mengalihkan pelaburan mereka ke tempat atau ke negara lain.
Proses ini secara tidak langsung memperlihatkan bagaimana pelabur akan mencairkan aset mereka sebelum membawa keluar ke negara lain. Ini bukan sahaja merugikan negara dari segi nilai pelaburan yang hilang, akan tetapi negara juga akan merasai kesan kejatuhan kadar pertukaran mata wang asing.
Apabila sejumlah pelaburan dialir keluar negara, maka melalui meknisme pasaran nilai mata wang negara, iaitu Ringgit akan mengalami penguncupan nilai. Ini kerana, Ringgit tidak lagi digunakan untuk urusan pelaburan atau sebarang bentuk aktiviti perniagaan. Ini akan mengwujudkan keadaan di mana terdapat lebihan Ringgit di pasaran pertukaran asing. Ini bermakna jumlah penawaran Ringgit yang didagangkan adalah melebihi jumlah permintaan.
Justeru, nilai Ringgit akan melalui proses susut nilai berbanding mata wang utama dunia seperti Dolar As. Dalam erti kata lain, semasa negara di dalam keadaan krisis politik, para pelabur lebih memilih untuk tidak berurusan dengan kita. Sebaliknya, mereka akan mengalihkan dan meneruskan aktiviti pelaburan dan perniagaan di negara yang mempunyai sistem politik yang lebih stabil yang mana dapat memberikan lebih peluang dalam meraih keuntungan.
Kemampanan ekonomi negara adalah dirangsang oleh keutuhan keadaan politik semasa. Apabila terdapat sesuatu keadaan atau krisis kepimpinan sesebuah negara, maka akan mengundang pelbagai reaksi termasuk ketidakstabilan di dalam pasaran.
* Dr. Mohd Naseem Niaz Ahmad merupakan pakar bidang ekonomi kewangan dan antrabangsa. Beliau merupakan pensyarah kanan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Mohd Naseem Niaz Ahmad
Fri Mar 13 2020
Kemerosotan inggit yang menjadikan kos dan juga harga barangan atau input dari luar negara menjadi lebih mahal. - Gambar hiasan
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada jam 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang AS.
Ringgit mendatar berbanding dolar AS ketika dibuka
Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS namun lebih tinggi berbanding mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu.
Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.
Ringgit dibuka tinggi berikutan indeks dolar AS merosot
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5080/5145 berbanding dolar AS daripada 4.5090/5135 semalam.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin berikutan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang lemah, kata seorang peniaga.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4890/5050 berbanding dolar AS daripada 4975/5030 pada Jumaat lepas.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, tinggi berbanding mata wang utama lain
Pada pukul 8 pagi, ringgit susut kepada 4.4850/4950 berbanding dolar AS daripada 4.4760/4810 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit adalah mata wang berprestasi terbaik pada 2024, meningkat 2.72 peratus berbanding mata wang AS.