Keseimbangan ahli politik dan pembuat dasar dapat elak krisis ekonomi

Astro Awani
Februari 2, 2021 13:42 MYT
Sesi tiga hari itu akan membincangkan tiga bidang utama termasuk prospek pemulihan ekonomi pada 2021, landskap politik semasa negara dan bagaimana COVID-19 mempengaruhi tingkah laku sosial. - https://www.ideas.org.my/
KUALA LUMPUR: Keseimbangan ahli politik dan pembuat dasar dalam membuat keputusan kepada negara memastikan krisis ekonomi dapat dielakkan.
Profesor Pelawat, Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr. Razeen Sally menjelaskan, ia termasuk langkah jangka masa panjang dan pendek yang memastikan peralihan pasaran terutama kepada negara membangun.
"Saya rasa jika kita melihat dari segi realistik atau (situasi) politik dunia dan pembuat dasar, harapan peningkatan pasaran dapat direalisasikan.
"Sekarang ini peningkatan pasaran lebih disasarkan untuk negara ke kelas menengah. Ia akan menjadi sangat sukar untuk menghilangkan ekspektasi ini dari kelas menengah berkenaan.
"Saya fikir itu adalah cadangan terbesar untuk perbelanjaan awam yang harus dilakukan di pasaran baharu yang merangkumi banyak negara Asia timur," katanya semasa sidang Skype Economic Outlook in 2021 for Malaysia and the World anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) pada Selasa.
Turut menjadi panel, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Kim Eng, Ami Moris.
Sesi tiga hari itu akan membincangkan tiga bidang utama termasuk prospek pemulihan ekonomi pada 2021, landskap politik semasa negara dan bagaimana COVID-19 mempengaruhi tingkah laku sosial.
Dalam pada itu, Ami Moris berkata, semua pihak perlu sedar perubahan struktur besar-besaran yang akan memberi kesan akibat penyusunan modal dalam institusi berkenaan kewangan.
Ujarnya, ia sekali gus akan menyebabkan perubahan kepada aspek pulangan pelaburan (ROI) selain risiko yang akan timbul daripadanya.
"Maka, bagi saya apa yang perlu benar-benar jelas apabila bercakap mengenai sosial dan tadbir urus (ESG) adalah membincangkan risiko termasuk yang terdapat dalam buku-buku risiko sosioekonomi bank atau bandar-bandar.
"Oleh itu, secara semula jadi ia bukan sahaja mesti dilakukan oleh tindakan korporat dan proses pasaran tetapi diberikan oleh polisi awam.
"Saya tidak berfikir bahawa ia hanya berkenaan situasi yang hanya mempunyai agenda sektor korporat," katanya.
#Maybank #Singapura #COVID-19 #Asia #bank #pelaburan
;