KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengawal selia kenaikan harga barangan bagi mengimbangi risiko inflasi, menurut pakar ekonomi.
Pengarah Perhubungan Luar Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Malaysia Zokhri Idris berkata, keperluan mengawal selia daripada kerajaan dan pihak autoriti adalah bertujuan mengimbangi kenaikan harga barangan bagi mengelakkan inflasi hiper atau inflasi tinggi.
Katanya pengawalseliaan diperlukan supaya kenaikan harga barangan tidak begitu mendadak dan tinggi sehingga negara tidak mampu untuk mengimbangi kadar inflasi tersebut.
"Apa yang boleh pihak autoriti lakukan, sebagai contoh -- mengawal selia subsidi minyak kerana kita tahu minyak dan kos bahan mentah seperti bahan api merupakan kos sangat penting yang diserapkan dalam kos keseluruhan sesuatu produk.
"Kita perlu lihat bagaimana usaha-usaha yang kita lakukan ini berjaya mengurangkan risiko inflasi supaya tidak semakin membimbangkan dan sehingga tidak dapat diselamatkan lagi," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk: Kehidupan Disebalik Angka Inflasi di Bernama TV malam tadi.
Zokhri berkata kerajaan dan pihak berkuasa perlu mengambil langkah proaktif dalam memantau kenaikan ini supaya tidak disalah guna atau dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
"Kita kena lihat dan jejak semula daripada titik-titik awal sehingga sampai ke tangan pengguna bagaimana kita boleh meminimumkan kos sesuatu produk," katanya.
Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Prof Madya Mohd Yusof Saari berkata intervensi jangka pendek oleh kerajaan dan pihak berwajib dalam pasaran barangan makanan tidak seharusnya berlaku bagi mengelakkan gangguan di pasaran tersebut.
Oleh itu, katanya intervensi jangka panjang diperlukan bagi memastikan isu manipulasi oleh pihak tertentu dalam penetapan harga barangan dapat diselesaikan.
"Kerajaan juga perlu ada kaedah untuk melindungi golongan berpendapatan rendah, misalnya mewujudkan semula kedai rakyat yang menawarkan harga mampu milik bagi golongan tersebut bagi membolehkan mereka mempunyai pilihan untuk membeli.
"Ini sekali gus melegakan rakyat terutamanya golongan yang terjejas dengan kenaikan harga barangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022
![Kerajaan perlu kawal selia kenaikan harga barang, imbangi risiko inflasi tinggi - Pakar ekonomi Kerajaan perlu kawal selia kenaikan harga barang, imbangi risiko inflasi tinggi - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652290202_pasarraya.jpg)
Pengawalseliaan diperlukan supaya kenaikan harga barangan tidak begitu mendadak dan tinggi sehingga negara tidak mampu untuk mengimbangi kadar inflasi tersebut. - Gambar hiasan/ Bernama
![Kim Pan-gon letak jawatan? Kim Pan-gon letak jawatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Hala tuju polisi negara perlu jelas untuk kukuhkan nilai ringgit - Penganalisis Hala tuju polisi negara perlu jelas untuk kukuhkan nilai ringgit - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688306983_DrFirdausi.jpg)
Hala tuju polisi negara perlu jelas untuk kukuhkan nilai ringgit - Penganalisis
Firdausi berkata, kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor luaran dan situasi itu perlu difahami rakyat.
![Amaran kemelesetan ekonomi global tahun 2023 - Bank Dunia Amaran kemelesetan ekonomi global tahun 2023 - Bank Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618012331_TheWorldBank.jpg)
Amaran kemelesetan ekonomi global tahun 2023 - Bank Dunia
Ia bakal menjadi pertumbuhan tahunan ketiga paling lemah dalam tempoh 30 tahun.
![Ringgit menyusut, sektor eksport terima manfaat Ringgit menyusut, sektor eksport terima manfaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662613177_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit menyusut, sektor eksport terima manfaat
Ketua Penyelidikan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Shankaran Nambiar berkata, sektor berorientasi eksport jadi lebih berdaya saing.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656320062_MustapaMohamed.jpg)
Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.
![Kemelesetan ekonomi dijangka lebih teruk dalam tempoh 12 bulan akan datang - IMF Kemelesetan ekonomi dijangka lebih teruk dalam tempoh 12 bulan akan datang - IMF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657946936_KristalinaGeorgieva.jpg)
Kemelesetan ekonomi dijangka lebih teruk dalam tempoh 12 bulan akan datang - IMF
Kenaikan harga komoditi akibat peperangan yang berlaku akan memberi impak kepada ratusan juta penduduk dunia.
![Kenaikan kadar faedah: BNM dijangka ikut kuasa ekonomi besar - Penganalisis Kenaikan kadar faedah: BNM dijangka ikut kuasa ekonomi besar - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620715581_ProfMadyaDrMohdY.jpg)
Kenaikan kadar faedah: BNM dijangka ikut kuasa ekonomi besar - Penganalisis
Bagaimanapun sebarang dasar perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan tekanan kepada inflasi.
![Pengeluaran KWSP RM10,000: Dikhuatiri berlaku inflasi dan kenaikan harga - Yusof Saari Pengeluaran KWSP RM10,000: Dikhuatiri berlaku inflasi dan kenaikan harga - Yusof Saari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620715581_ProfMadyaDrMohdY.jpg)
Pengeluaran KWSP RM10,000: Dikhuatiri berlaku inflasi dan kenaikan harga - Yusof Saari
Meskipun tindakan terbabit bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, namun fasiliti itu tidak memberi manfaat kepada keseluruhan pencarum.
![BNM dijangka kekal kadar faedah sehingga Julai BNM dijangka kekal kadar faedah sehingga Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642386237_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM dijangka kekal kadar faedah sehingga Julai
Undian pada 10 hingga 14 Januari oleh Reuters melibatkan 23 pakar ekonomi menunjukkan BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus sehingga akhir Jun
![Ekonomi Malaysia tumbuh 4.4 peratus pada Suku Ketiga 2019 - Bank Negara Ekonomi Malaysia tumbuh 4.4 peratus pada Suku Ketiga 2019 - Bank Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71548998727_KUALALUMPUR.jpg)
Ekonomi Malaysia tumbuh 4.4 peratus pada Suku Ketiga 2019 - Bank Negara
Prestasi itu disumbang pertumbuhan sektor utama yang lebih rendah serta penurunan aktiviti perlombongan dan pembinaan.