Kerajaan optimis Jajaran Utara ECRL jadi pemangkin infrastruktur negara
Astro Awani
April 5, 2021 13:04 MYT
April 5, 2021 13:04 MYT
KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka membawa 26.12 juta tan kargo melalui Jajaran Utara bagi tahun pertama operasi.
Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pelaksanaan semula Jajaran Utara memberi kelebihan kepada ECRL untuk menjadi infrastruktur berdaya maju.
Katanya, Jajaran Utara ECRL melibatkan stesen Temerloh, Bentong, Terminal Bersepadu Gombak, Serendah Baru, Jalan Kastam (Pelabuhan Klang), Puncak Alam dan Kapar.
Tambahnya, kadar kemajuan projek ECRL setakat Mac mencapai 21.39 peratus.
Menurutnya, kerajaan optimis Jajaran Utara ECRL akan menjadi pemangkin infrastruktur negara yang menghubungkan negeri Pantai Timur dan Lembah Klang.
Jajaran Utara ECRL bakal menarik 5.03 juta penumpang pada tahun pertama operasi, kata Wee.
#Wee Ka Siong
#Pantai Timur
#ECRL
#Laluan Rel Pantai Timur
#Infrastruktur
#berdaya maju
#Jajaran Utara