Kerajaan lancar PLCT, sasar pelaksanaan prestasi tinggi untuk korporat
Hafizi Rosli
Oktober 14, 2021 11:37 MYT
Oktober 14, 2021 11:37 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan penubuhan Program Transformasi Syarikat Tersenarai Awam (PLCT) yang menyasarkan pelaksanaan prestasi tinggi bagi korporat di Malaysia.
Menurut beliau, PLCT merupakah langkah untuk melengkapkan inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (Perkukuh) yang akan memfokuskan lima perkara penting.
"Pertama adalah berprestasi, kedua berkembang secara lestari, bertanggungjawab secara sosial dan beretika sertamemperkukuh tadbir urus korporat.
"Seterusnya adalah mengaktifkan digital serta kelima menyokong usaha membangun negara bagi memajukan ekonomi rakyat Malaysia dan masyarakat," katanya ketika berucap pada acara Invest Malaysia 2021 hari ini.
[TERKINI] Invest Malaysia 2021: Ucapan Menteri Kewangan
BACA: Bajet 2022: Tumpuan kepada pemulihan, ketahanan dan pembaharuan - Tengku Zafrul
Beliau berkata, PLCT yang dipelopori oleh Bursa Malaysia akan melibatkan penerbitan lima asas panduan digital dengan yang pertama akan dikeluarkan pada akhir tahun ini.
Tambah Zafrul, panduan ini juga akan memberikan amalan terbaik dengan penanda aras serta kajian untuk proses transformasi mereka.