Kerajaan India rangka dasar kurangan kos import minyak tahunan
NDTV
Disember 28, 2017 05:00 MYT
Disember 28, 2017 05:00 MYT
Kerajaan India sedang merangka dasar untuk mengurangkan bil import minyak mentah tahunan sebanyak AS$100 billion menjelang 2030.
Menurut Menteri Jalan Raya, Pengankutan dan Lebuh Raya, Nitin Gadhkari, dasar yang dicadangkan ialah menggunakan metanol dalam gas masak dan bahan api pengangkutan.
Kerajaan India akan melaksanakan dasar ini tidak lama lagi dan 15 peratus metanol akan dicampur dengan petrol.
Ini akan mengurangkan kos petrol sebanyak 10 peratus.
India adalah pengimport minyak ketiga terbesar di dunia dan kerajaannya sedang berusaha mengurangkan kos import dengan menggunakan bahan api alternatif.
Tambah Nitin penggunaan methanol boleh membawa manfaat kepada alam sekitar.