Kerajaan, GLIC labur RM1 bilion dana tambahan sokong syarikat pemula tempatan

Sinar Harian
Julai 27, 2023 04:11 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu termasuk memastikan penyediaan dana bagi setiap fasa syarikat berpertumbuhan tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersama Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan melabur RM1 bilion dana tambahan secara padanan dengan dana swasta bagi menyokong syarikat pemula tempatan dan mendorong technopreneur.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu termasuk memastikan penyediaan dana bagi setiap fasa syarikat berpertumbuhan tinggi.
Menurut beliau, ia merupakan antara perancangan kerajaan masa hadapan susulan pencapaian negara menduduki tangga ke-20 dunia berdasarkan Laporan Ekosistem Syarikat Pemula Global 2023 dengan nilai ekosistem syarikat pemula Malaysia mencecah AS$46 billion bagi tempoh separuh pertama 2020 sehingga 2022. - Sinar Harian
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #syarikat pemula tempatan #technopreneur