DUBAI: Lebih 400 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia diberi peluang untuk melebarkan sayap mereka ke peringkat antarabangsa menerusi penyertaan Ekspo 2020 Dubai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya ia merupakan ruang buat PMKS itu mengembangkan perniagaan dan meneroka peluang-peluang baharu di luar negara.
"Kerajaan menanggung kos yuran penyertaan semua PMKS ini di Ekspo 2020 Dubai, mereka hanya perlu membayar kos penginapan dan tiket kapal terbang sahaja.
Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk membantu, menyokong dan memperkasakan PMKS. Saya mahu lebih banyak PMKS dapat melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa yang mana boleh membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, seterusnya meningkatkan taraf hidup Keluarga Malaysia," katanya dalam ucapan pada Majlis Apresiasi Ekspo 2020 Dubai di sini pada Rabu.
Beliau turut menyambut baik kenyataan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai penyertaan Malaysia dalam Program Legasi 5 Tahun Dubai.
"Kita berhasrat agar Hab Teknologi dan Inovasi Malaysia menjadi pencetus inspirasi kepada inovator masa depan," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa melawat Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai.
Ekspo 2020 Dubai berlangsung dari Oktober 2021 hingga 31 Mac ini.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata Kumpulan Aerodyne akan menjadikan Pavilion Malaysia sebagai ibu pejabat kedua global syarikat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022

Ismail Sabri berkata ia merupakan ruang buat PMKS itu mengembangkan perniagaan dan meneroka peluang-peluang baharu di luar negara. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Ekspo 2020 Dubai sambut Hari Malaysia
Ekspo 2020 Dubai yang bertemakan "Menghubung Minda, Mencipta Masa Depan" telah membuka banyak peluang pasaran yang baharu dan menarik bagi Malaysia.