Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya tawar hadiah bernilai RM2.4 juta
Ehsan A Marisah
Ogos 5, 2022 10:00 MYT
Ogos 5, 2022 10:00 MYT
PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) pada Khamis menyampaikan hadiah kepada pemenang kempen Simpan Berganda Menang Bergaya.
Mereka merupakan pemegang Akaun Semasa atau Simpanan MBSB Bank PrimeWin (CASA-i).
Kempen bermula 21 Jun 2021 hingga 31 Mei 2022 itu menawarkan hadiah bernilai RM2.4 juta termasuk kereta mewah, motosikal, telefon pintar dan wang tunai.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, menerusi kempen tersebut, pihaknya mampu menarik lebih ramai pelanggan baharu dan berupaya memperkenalkan lebih banyak produk kepada para pelanggan setia MBSB Bank.
“Kita (MBSB Bank) boleh melebarkan lagi pelanggan sedia ada kerana kempen pertama sudah berjaya mendapatkan 30,000 pelanggan baharu. Ini satu pencapaian yang membanggakan.
“Selain itu, apabila kita mempunyai pelanggan yang besar, kita juga boleh memperkenalkan lebih banyak produk kepada mereka berbanding apabila memiliki pelanggan yang kecil,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya dan Prapelancaran Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 di Menara MBSB Bank di sini.
Mengulas lanjut, Nor Azam turut mengajak orang ramai untuk menyertai kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 bermula 1 September 2022 sehingga 31 Mei 2023 kerana ia menawarkan hadiah menarik dan bermakna serta lebih banyak kumpulan pelanggan berpeluang menang sedari pelajar, remaja sehingga pesara.
“Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya mencapai hampir dua kali ganda daripada sasaran kita. Jadi, saya harap bagi kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 akan melihat bagaimana MBSB Bank memberikan makna dalam kehidupan mereka.
“Seterusnya, kami berharap sasaran bagi kempen 2.0 akan menjadi dua kali ganda mahupun tiga kali ganda berbanding kempen sebelumnya,” katanya.
Sementara itu, pemenang utama Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya, Huang Wee Wan, 63, menzahirkan kegembiraan apabila dipilih memenangi kereta BMW X4 30i M Sport dan melihat usahanya menyimpan dengan MBSB Bank membuahkan hasil.
“Saya amat gembira, teruja dan berterima kasih kepada pihak MBSB Bank kerana memberi saya peluang untuk menang hadiah kereta ini.
“Saya juga akan mengajak lebih ramai ahli keluarga saya untuk menyertai kempen ini,” katanya.
Dalam pada itu, bagi Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 boleh disertai pelanggan baharu apabila mereka hanya perlu membuka akaun dengan deposit minimum RM100 sama ada secara dalam talian M Fast atau mengunjungi mana-mana 47 cawangan MBSB Bank di seluruh negara.
*Artikel ini adalah hasil kerjasama bersama MBSB Bank.