Kemerosotan Sapura tidak menjadi masalah sistemik kepada PNB

Israr Khalid
Mei 27, 2022 08:20 MYT
Kepelbagaian portfolio PNB membolehkan entiti itu terus kukuh apabila ada beberapa syarikat yang dilaburkan berdepan masalah.
DAVOS: Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn percaya Sapura Energy Berhad mampu untuk bangkit kembali selepas penstrukturan semula syarikat itu yang akan diumumkan pelannya tidak lama lagi.
Beliau tidak menafikan PNB mengalami kerugian dalam pelaburan dalam Sapura, namun ia hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan portfolio PNB.
“Memang betul bila kita tengok harga saham Sapura pun kita tahu rugi. Tapi paling penting saya nak jelaskan bahawa walaupun Sapura ini besar, tapi dalam konteks portfolio PNB, ia hanya 1 peratus.
“Jadi bila kita menguruskan dana seperti PNB, kita kena pastikan yang portfolio itu dipelbagaikan jadi kalau ada masalah dalam satu dua syarikat ia tidak menjadi masalah sistemik dalam portfolio itu.”
Maka keadaan itu masih boleh diuruskan, dan ujar Ahmad Zulqarnain lagi, tanggungjawab PNB selaku pemegang saham terbesar dalam Sapura kini untuk memastikan yang penstrukturan semula syarikat itu berjaya.
Tonton temu bual penuh beliau dalam program Agenda AWANI khas sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 di Davos, Switzerland dihoskan oleh Najib Aroff, di sini:
Kemerosotan Sapura tidak menjadi masalah sistemik kepada PNB
Agenda AWANI: WEF2022 | Impak global dan pelaburan ESG
#Agenda Awani #WEF #Sapura Energy #Ahmad Zulqarnain Onn
;