Kemajuan lebih kukuh dicapai sejak kerugian Forex 25 tahun lepas - Bank Negara

Bernama
Januari 31, 2017 18:31 MYT
Bekas penolong gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid sebelum ini mendakwa BNM mengalami kerugian tukaran asing sebanyak US$10 bilion pada awal 1990-an. - Gambar hiasan
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata institusi itu sudah mencapai kemajuan yang lebih kukuh, telus dan lebih bertanggungjawab sejak kerugian tukaran asing berlaku hampir 25 tahun lepas.
Bank pusat itu berkata demikian sebagai respon kepada laporan media mengenai kerugian tukaran asing dalam sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris hari ini.
"Dalam persekitaran global yang mencabar dan tidak pasti pada masa ini, kita perlu memberikan tumpuan kepada usaha untuk memastikan sistem kewangan dan ekonomi negara kekal berdaya tahan dan terus stabil.
Akhbar itu memetik bekas penolong gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa Bank Pusat itu mengalami kerugian tukaran asing sebanyak US$10 bilion pada awal 1990-an. -- Bernama
#Abdul Murad Khalid #Bank Negara Malaysia #forex #Mahathir Mohamad #tukaran wang asing #Tun Mahathir
;