Kelulusan tebing fiskal lonjak pasaran saham AS
Astro Awani
Januari 3, 2013 11:51 MYT
Januari 3, 2013 11:51 MYT
Penyelesaian tebing fiskal yang diluluskan disaat-saat akhir cukup untuk melonjak pasaran saham Amerika Syarikat pada hari pertama dagangan bagi tahun 2013.
Indeks industri Dow Jones mencatat rekod baru sejak Disember 2011 dengan ditutup naik 300 mata meletakkannya lima peratus di bawah paras tertinggi pada Oktober 2007.
Dengan dagangan positif, semua bursa saham seluruh Eropah dan Asia, indeks utama Britain FTSE 100 juga ditutup melebihi 6,000 mata buat kali pertama sejak Julai 2011.
Kenaikan dalam dagangan dianggap luar biasa dengan sepuluh saham naik bagi setiap satu yang jatuh.
Standard dan Poors 500 naik 36.23 mata atau 2.5 peratus kepada 1,462.42 manakala Nasdaq naik 92.75 mata atau 3.1 peratus kepada 3,112,26 mata.
Lewat Selasa, Kongres Amerika meluluskan rang undang-undang bagi mengelak berlakunya tebing fiskal.
Kebanyakan wakil Republikan menolah rang undang-undang itu kerana mahu kerajaan mengurangkan perbelanjaan.
Secara teknikalnya, sekiranya tidad persetujuan dicapai, tebing fiskal akan berkuatkuasa secara automatik pada Rabu dengan peningkatan cukai dan pengurangan perbelanjaan kerajaan.