Kekal bersaling hubung tanpa had merentasi rangkaian
Ehsan A Marisah
Mac 11, 2022 11:53 MYT
Mac 11, 2022 11:53 MYT
BERITA baik untuk semua!
Kini, setiap lapisan masyarakat merangkumi ahli perniagaan, pendidik, pelajar serta setiap isi rumah di negara ini boleh terus kekal bersaling hubung tanpa had merentasi rangkaian.
Bersaling hubung dalam pelbagai cara dan pada setiap masa bukan lagi sebuah kisah dongeng apabila Maxis Bhd (Maxis) memperkenalkan kempen jenama terbaharu, 'Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia' (RKRM).
Selain memastikan semua pihak dapat mengambil bahagian dalam pembangunan digitalisasi negara, RKRM dilihat sebagai langkah tepat menghubungkan rangkaian secara menyeluruh dengan kesalinghubungan mudah alih, tetap dan satelit serta penyelesaian digital terunggul abad ini.
Kesalinghubungan bila-bila masa, di mana-mana jua, untuk semua
Tiada lagi panggilan video tersekat-sekat, alami permainan yang perlahan atau menonton drama kesukaan dengan banyak gangguan.
Hal ini demikian kerana setiap segmen dalam kehidupan anda akan dikuasai oleh rangkaian 4G terkemuka, liputan fiber pantas serta inovasi 5G terbaik sama ada ketika berada di dalam atau di luar rumah.
Sejak lima tahun berturut-turut, Maxis menjadi penanda aras kelajuan muat turun 4G seperti digariskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dan telah pun menaik taraf lebih 30 peratus lokasi agar segala pengalaman unik anda dapat dipenuhi.
Sebagai usaha menyokong semua komuniti segera menyesuaikan diri kepada gaya hidup digital, rangkaian terpantas Maxis membolehkan rakyat Malaysia berhubung dengan rakan dan keluarga mereka melalui internet dan telefon mudah alih selain menjadi syarikat telekomunikasi pertama menawarkan teknologi WiFi6 kepada pelanggannya.
Bukan itu sahaja, pelanggan turut akan dapat mengakses perayauan 5G apabila melancong ke Singapura, Thailand dan Indonesia.
Penyelesaian dan keupayaan digital terkini
Ketika dunia masih bergelut dengan pandemik COVID-19, sisi positif yang dapat dilihat adalah proses digitalisasi itu berlaku dengan pantas, sekali gus membolehkan proses adaptasi digital berlaku dengan rangkuman yang lebih luas.
Menyedari situasi berkenaan, Maxis komited membantu perniagaan anda dengan menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam segmen teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bermula dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga ke peringkat korporat.
Ia membantu perniagaan menjadi lebih efektif serta meningkatkan kehadirannya dalam talian melalui rangkaian bertaraf dunia mencakupi kestabilan jalur lebar, keselamatan siber, platform Suara Melalui Protokol Internet (VoIP), internet perkara (IoT), teknologi awan, runcit dan pembayaran termasuk solusi analitik lanjutan.
Selain itu, anda juga dapat menikmati pelbagai solusi daripada hiburan ke insurans peranti dan perlindungan internet termasuk memiliki peranti daripada pelbagai pilihan peranti mudah alih, tablet dan peranti kediaman.
Perkhidmatan dan bimbingan pakar 24 jam
Maxis terus menjadi penyedia kesalinghubungan dan penyelesaian tertumpu yang dipercayai apabila anda boleh mendapatkan sokongan pakar sepanjang masa.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Maxperts, lebih 400 pusat Maxis dan 4,500 pusat Hotlink di seluruh negara termasuk saluran perkhidmatan pelanggan 24 jam selama tujuh hari serta chatbot yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) canggih.
Anda juga boleh menikmati pengebilan dalam masa nyata, pengurusan perkhidmatan, pengalaman optimum, interaksi secara langsung serta tawaran yang diperibadikan.
Dalam pada itu, Maxis turut mempunyai kumpulan pakar yang terbesar untuk solusi ICT bertaraf dunia bagi memastikan perniagaan anda terus meluas dan kukuh.
Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan keupayaan perniagaan untuk mengadaptasi pendigitalan serta perkembangan teknologi dengan cekap dan seterusnya memacu perniagaan dalam jangka panjang.
Jelas sekali, Rangkaian Maxis menghubungkan rakyat Malaysia yang pelbagai melalui inisiatif komunitinya.
Untuk maklumat lanjut mengenai RKRM, orang ramai boleh melayari https://www.maxis.com.my/ms/about-maxis/maxis-network/.