Kejayaan syarikat pemula Clever Desk bermula dengan DMS oleh Unifi Business

Nabilah Khaleeda
November 15, 2024 09:00 MYT
Unifi Business memainkan peranan penting dengan membantu lebih daripada 400,000 PMKS di seluruh negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Syarikat pemula kebiasaannya menghadapi cabaran besar dalam memasarkan produk mereka dan mencari pelanggan yang tepat.
Bahkan, untuk menyampaikan mesej yang tepat juga merupakan satu halangan, kata pemilik Clever Desk, Prem Anan.
Dalam masa sama, syarikat pemula juga katanya, tidak ketinggalan dihimpit oleh faktor bebanan kos yang menyukarkan usaha pemasaran mereka.
“Kami mempunyai produk yang baik, tetapi untuk meningkatkan capaian pelanggan, itu adalah cabaran besar.
“Namun, apabila kami menemui Unifi Business, ia seperti mimpi menjadi kenyataan kerana mereka menawarkan perkhidmatan mampu milik serta bantuan yang sangat berguna,” kata beliau.
Menurut Prem Anan, Unifi Business memudahkan urusan perniagaan pihaknya khususnya berkenaan pemasaran digital.
Katanya, hasil yang memberangsangkan dapat dilihat apabila dalam tempoh beberapa minggu sahaja, mereka mula menerima pelanggan yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Clever Desk, manakala peningkatan jualan hampir 40 peratus dalam tempoh tiga bulan.
Unifi Business memainkan peranan penting dengan membantu lebih daripada 400,000 PMKS di seluruh negara.
Menurut Naib Presiden Unifi Business, Mohammad Yusman Ammeran, melalui perkhidmatan seperti kempen ‘Digital Marketing Solution’ (DMS), usahawan dapat menikmati strategi pemasaran yang disesuaikan, kandungan kreatif, dan laporan prestasi dengan bayaran serendah RM50 sebulan.
“Tambahan pula, konsep ‘buat dulu bayar kemudian’ memberikan kemudahan kepada PMKS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) untuk bermula tanpa tekanan kos yang tinggi.
“Jurang antara perniagaan yang menggunakan teknologi dan yang tidak akan semakin besar.
“Ambil langkah untuk mendigitalkan perniagaan anda sekarang dan lihat bagaimana ia berkembang dalam masa singkat,” tambahnya dalam temu bual dalam program Niaga AWANI baru-baru ini.
Sementara itu, untuk usahawan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan tawaran hebat, Unifi Business akan menganjurkan acara Device Fiesta Paling Onz sepanjang bulan November di GM Klang, Selangor pada 16 hingga 17 November dan Johor Bahru pada 23 hingga 24 November 2024.
Antara promosi eksklusif termasuk peranti percuma seperti TV Pintar Sharp 75” dan telefon pintar Redmi bagi setiap langganan baru Unifi Biz broadband dan UNI5G.
PMKS juga berpeluang menikmati pakej Biz Mantap serendah RM9.90/hari dan mendapatkan Geran Digital PMKS Madani sehingga RM5,000 atau potongan harga 50 peratus.
#unifi Business #Clever Desk #PMKS #syarikat pemula
;