KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini dalam mod berhati-hati terutama dengan kemunculan aktiviti pengambilan untung selepas dagangan ditutup kukuh pada Jumaat lepas.
Sentimen keseluruhan di pasaran turut dibelenggu oleh kebimbangan berterusan terhadap perang di Ukraine dan jangkaan kenaikan selanjutnya kadar faedah Amerika Syarikat.
Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.60 mata kepada 1,597.81 daripada 1,602.41 pada penutupan Jumaat lalu.
Indeks utama dibuka 0.38 mata lebih rendah pada 1,588.29.
Bagaimanapun, di pasaran yang lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 178 berbalas 147 manakala 251 kaunter tidak berubah, 1,668 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 175.02 juta bernilai RM80.60 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa tempatan ditutup lebih tinggi pada Jumaat apabila FBM KLCI mencapai paras melepasi 1,600 selepas didorong oleh kegiatan pembelian saat akhir daripada dana asing.
Wall Street juga kekal kukuh pada penutupan Jumaat berikutan beberapa aktiviti memburu saham murah walaupun prestasi keputusan kewangan korporat suku pertama yang lebih lemah, dengan Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) memperoleh 139 mata manakala Nasdaq meningkat hanya 41 mata sementara hasil 10 tahun AS berakhir pada 2.4 peratus.
"Walaupun keadaan pasaran kekal berhati-hati, kami mengunjurkan pengumpulan dana asing akan berterusan, sekali gus menjangkakan indeks berada dalam julat sekitar 1,595 hingga 1,610 hari ini.
"Selain itu, berita AS akan mengeluarkan rizab minyak strategiknya menyaksikan minyak mentah Brent susut kepada US$104 setong.
"Bagi minyak sawit mentah, walaupun harga mungkin mula menurun sejak akhir-akhir ini, harga puratanya bagi Mac masih berada pada satu lagi paras tertinggi sepanjang masa pada RM6,870 satu tan metrik," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM8.94, Public Bank turun satu sen kepada RM4.77, Petronas Chemicals merosot 12 sen kepada RM9.65 manakala IHH Healhcare dan CIMB Group tidak berubah, masing-masing pada RM6.25 dan RM5.33.
Bagi saham aktif, TWL naik setengah sen kepada 7.5 sen, Pappajack meningkat 1.5 sen kepada 41 sen, Vortex menambah satu sen kepada 11 sen, TA Win lebih tinggi sebanyak setengah sen kepada 15.5 sen sementara waran TWL tidak berubah pada 4.5 sen .
Di papan indeks, Indeks FBMT 100 susut 16.14 mata kepada 11,133.86, Indeks FBM Emas turun 6.87 mata kepada 11,464.78 dan Indeks FBM Emas Syariah kerugian 9.96 mata kepada 12,023.89.
Namun begitu, FBM 70 meningkat 44.51 mata kepada 13,917.36 dan FBM ACE meraih 23.73 mata kepada 5,709.61.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah 0.63 mata kepada 205.72, Indeks Perladangan menguncup 32.33 mata kepada 7,916.43, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 5.49 mata kepada 16,903.37.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
Bursa tempatan ditutup lebih tinggi pada Jumaat apabila FBM KLCI mencapai paras melepasi 1,600 selepas didorong oleh kegiatan pembelian saat akhir daripada dana asing. - Gambar fail
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas
Enggan bincang isu rasuah Adani Group, Parlimen ditangguhkan sekali lagi
Dakwaan ini muncul apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat menuduh kumpulan tersebut terlibat dalam sebuah skim rasuah dan penipuan besar-besaran.
Tujuh cedera, kereta api dan lori bertembung
Menurut kenyataan media oleh Polish State Railways (PKP), kemalangan itu menyebabkan kelewatan perjalanan dan ratusan penumpang terkandas.
Angka korban tanah runtuh di Timur Uganda meningkat kepada 20 orang - Polis
Angka korban akibat tanah runtuh yang melanda beberapa kampung di daerah Bulambuli, Timur Uganda pada rabu malam, meningkat kepada 20 orang.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Datuk Bandar KL terima Anugerah Malaysian Leadership
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Fatuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dianugerahkan Anugerah Malaysian Leadership.
Tekanan masyarakat dunia mampu heret netanyahu ke ICC
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Astro AWANI unggul raih 5 anugerah media
Kemenangan berkenaan diraih menerusi kategori Media-Liputan Isu dan Krisis (media penyiaran) dan Astro Awani menerima kesemua anugerah emas, perak dan gangsa.
Dr Maza saman GISBH, tuntut ganti rugi RM10 juta
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media pada Ogos lepas.
Malaysia hulur sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusian
Malaysia menghulurkan sokongan kepada Lubnan melalui sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusian, menekan solidariti berterusan negara dengan rakyat LUbnan dan usaha membina keamanan.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain
Bursa Malaysia ditutup rendah, dipengaruhi kaunter utiliti, logistik
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.
Tiada petunjuk baharu, prospek dasar as asak Bursa Malaysia susut pada dagangan awal
Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street.
Saham perbankan seret turun Bursa Malaysia ke paras bawah 1,600
Penurunan saham wajaran tinggi perbankan menjejaskan Bursa Malaysia sehingga menyeret turun indeks di bawah paras penting 1,600 mata.
Bursa Malaysia catat dagangan turun naik pada sesi awal, sentimen positif
Pada 9.09 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.58 mata kepada 1,603.73 daripada paras 1,603.15 pada akhir dagangan Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia kekal momentum peningkatan pada akhir dagangan
Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.