Kedai kopi global atasi kopi dibungkus menjelang 2022

Bernama
Oktober 19, 2018 04:58 MYT
Pemain industri makanan dan minuman yang dibungkus akan terus melabur di kedai kopi untuk lebih ketara berada dalam perkhidmatan makanan. - Gambar hiasan
JUALAN kedai kopi global akan mengatasi pertumbuhan kopi yang dibungkus menjelang 2022, menurut penyelidikan terkini Euromonitor International.
Syarikat penyelidikan pasaran global itu mengkaji dunia holistik kopi, meninjau evolusi bagaimana dan di mana kopi digunakan dalam webinar atas permintaan,'Coffee in 2018: The New Age of Coffee Everywhere'.
Menurut Euromonitor International dalam satu kenyataan, permintaan kopi premium melalui semua saluran, memacu industri dengan pembangunan produk baru dan pengedaran yang lebih pantas.
Kedai-kedai kopi akan menjadi hab inovasi, menjadi sebahagian besar bagaimana pengguna menemui dan membeli kopi, katanya.
Penggabungan juga memberi kesan mengenai bagaimana industri akan terbentuk setelah syarikat meninjau untuk menguasai bahagian yang lebih besar dalam perbelanjaan kopi premium.
Sementara itu, pemain industri makanan dan minuman yang dibungkus akan terus melabur di kedai kopi untuk lebih ketara berada dalam perkhidmatan makanan.
Ketua global (makanan dan minuman) Euromonitor International Michael Schaefer berkata tahun ini sahaja, beberapa perjanjian telah disaksikan antara jenama kopi dibungkus dan kedai kopi, dari Nestle menjalin pakatan dengan Starbucks hinggalah Coca-Cola memperoleh Costa Coffee.
"Pemain kopi yang berjaya akan menggabungkan penemuan, pengalaman, pembelian jangka panjang dan inovasi produk yang pesat, semuanya merangkumi pelbagai bahagian pengedaran," tambahnya.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.euromonitor.com
-- BERNAMA
#industri kopi #Kajian #kedai kopi #konsumer #kopi bungkus
;