Kadar pengangguran AS menurun
Astro Awani
Mac 9, 2013 11:34 MYT
Mac 9, 2013 11:34 MYT
Jabatan Buruh Amerika Syarikat menyatakan kadar pengangguran negara itu pada Februari lalu 7.7 peratus, terendah dalam empat tahun.
Sebanyak 236,000 pekerjaan baru ditawarkan dalam bulan berkenaan.
Sekaligus menandakan ekonomi terbesar dunia itu semakin mengukuh di sebalik cukai tinggi dan pengurangan perbelanjaan kerajaan.
Sejak November tahun lalu, secara purata pertumbuhan pekerjaan direkodkan sebanyak 200,000 sebulan.
Selain nilai upah turut dinaikkan, peluang pekerjaan wujud di pelbagai sektor, diterajui kebanyakannya dari pembinaan.
Sejak September 2012, kadar pengangguran negara Uncle Sam itu kekal tinggi melebihi 7.8 peratus.
Namun dengan kadar pengangguran yang semakin stabil, wujud trend pertumbuhan bermakna.
Pasaran pekerjaan yang bertambah baik itu antara lain didorong oleh peningkatan jualan kenderaan dan pemulihan sektor hartanah.
Keadaan ini akan menjana lebih banyak perbelanjaan pengguna dan akan memberi rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih kuat.