Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

Bernama
September 15, 2020 18:14 MYT
Awal hari ini, bank pusat telah mengendalikan satu tender lelongan matang dan dua tender Qard lelongan matang pelbagai Islam (iRMA). - Gambar fail
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM29.58 bilion daripada RM34.03 bilion pagi ini, sementara dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM14.07 bilion daripada RM16.43 bilion.
Awal hari ini, bank pusat telah mengendalikan satu tender lelongan matang dan dua tender Qard lelongan matang pelbagai Islam (iRMA).
Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM29.0 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM14.1 bilion, kedua-duanya bagi tempoh dua hari.
Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 1.73 peratus, sementara kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.81 peratus dan 1.85 peratus.
-- BERNAMA
#Bank Negara Malaysia #lebihan mudah tunai #Qard lelongan matang pelbagai Islam #sistem kewangan #tender pasaran wang konvensional
;